Memaparkan catatan dengan label NENEK DI SUNGAI KALABAKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NENEK DI SUNGAI KALABAKAN. Papar semua catatan

NENEK DI SUNGAI KALABAKAN

kata orang... ada udang galah maka adalah "nenek"


KALABAKAN nama yang cukup gah di Sabah tetapi ia bukan destinasi tumpuan pelancong. Ini sudah saya terangkan dalam catatan bertajuk Kalabakan - Memorial konfrantasi 1963 sebelum ini.

Memandangkan industri pelancongan antarabangsa masih belum beroperasi sepenuhnya berikutan wabak covid 19 sejak Januari 2020, saya rasa terpanggil untuk berkongsi cerita berkaitan lokasi dan destinasi yang pernah saya kunjungi atau jejaki di sekitar Sabah sejak saya bermastautin di sini pada April 2018.

Bila sebut Sabah, sudah pasti ramai yang nampak ikon pelancongannya Gunung Kinabalu, pulau2 cantik di Semporna, Pasar filipin, ikan bilis, hasil laut yang segar dan bandaraya Kota Kinabalu.







Kundasang destinasi pelancongan popular di Sabah 


Pulau Mabul antara destinasi pelancongan Sabah yang menjadi tumpuan

Sebenarnya banyak kawasan atau lokasi menarik di Sabah untuk dikunjungi, bagaimanapun berikutan kekangan kemudahan awam seperti pengangkutan awam, jalan raya yang baik ia membataskan pergerakan pelancong.

Saya yakin, lokasi atau destinasi serta produk pelancongan yang ada di Sabah belum lagi diterokai sepenuhnya oleh anak jati atau orang Sabah sendiri, contoh ada orang Keningau yang belum pernah ke Sandakan, ada orang Sandakan yang belum menjejakkan kaki ke Kalabakan, malah ada orang Kota Belud yang langsung tidak mengetahui adanya tempat menarik di Tenom.

Dalam ruang Travelog Sabah ini saya akan berkongsi pelbagai cerita di destinasi dan lokasi yang pernah saya kunjungi untuk dijadikan panduan orang Sabah sendiri serta pelancong domestik dan luar negara menjelajah ke seluruh pelusuk Sabah.

Kali ini, saya tulis lagi berkaitan destinasi Kalabakan, tajuknya ialah "Nenek di sungai Kalabakan"


Udang galah segar dari sungai Kalabakan yang dikaitkan dengan adanya "nenek"



harga ulang galah di Kalabakan lebih murah berbanding di tempat lain


Bukan mudah untuk menangkap udang galah, hanya mereka yang mahir mampu melakukannya
                                               

goreng pun sedap


Kalau nak makan udang galah segar terus dari sungai silalah singgah di Kalabakan

Kisah "nenek" di sungai Kalabakan ini ada kaitan dengan udang galah. sewaktu mengikut seorang penduduk kampung Encik Jumari Antang berusia 54 tahun, untuk menjayakan dokumentari Rona Sabah episod "Pemburu sepit biru", beliau tiba-tiba bertanya "nak tengok nenek" saya pun tertanya tanya apa yang dikamsudkan dengan "nenek". Saya pantas menjawab "nak".

Jumari pun terus memandu botnya menuju ke lokasi menjala udang galah sambil mulutnya terkumat kamit seperti menyeru sesuatu. Fikiran saya mula membayangkan "nenek" yang dimaksudkan itu.

Akhirnya Jumari memberitahu "Tuan, nenek nda ada la hari ni, nda ada rezeki kita tuan". saya cuma mengangguk faham, dan kami terus berpatah balik menuju ke jeti Kg Kalabakan untuk mengakhiri penggambaran menjala udang galah.

sebaik menjejakkan kaki di jeti saya terus bertanya En Jumari, "Apa tu nenek" dia terus menjawab "buaya, kami sini panggil nenek, sebab tu la kita nda dapat udang galah hari ni".

Jumari bersedia untuk menebar jalanya


menyusuri sungai Kalabakan


Udang galah yang berjaya di jala


Sungai Kalabakan

Ok saya faham... nenek adalah paggilan untuk buaya dan betullah orang cakap jika ada udang galah maka adalah buaya di kawasan sungai itu, dan jangan silap, bukan buaya makan udang tetapi udang galah sebenarnya yang memakan lumut lumut yang ada pada badan buaya.

Inilah salah satu sebab, mengapa pelancong atau orang Sabah sendiri perlu datang ke Kalabakan, bukan sekadar melawat tetapi perlu bermalam d sini.

Satu lagi yang perlu anda nikmati jika datang ke Kalabakan adalah 'Pasar 12". Ini adalah pasar malam yang besar diadakan pada setiap tanggal tarikh 12 hari bulan tiap-tiap bulan.

Pasar 12 Kalabakan

Jurukamera RTM Sabah, Norhisham  Ismail sedang membuat penggambaran


Pasar 12 Kalabakan menjadi medan membeli barangan keperluan oleh penduduk kampung dan pekerja estate sekitar kalabakan






Peniaga datang dari seluruh Sabah untuk berniaga di sini, mereka biasanya datang pada 11 hari bulan dan mula meninggalkan Kalabakan pada 13 haribulan.

Di sini saya akui ada 5 sebab mengapa Kalabakan perlu dikunjungi.
1. Terletak di kawasan Pedalaman yang kaya dengan hutan tetapi telah diterokai dengan kerja pembalakan.

Pekan kecil, Kalabakan

Pekan kecil Kalabakan ini adalah deretan bangunan kedai di kiri kanan jalan di hujung kampung

2. Menyusuri sungai Kalabakan untuk menjala udang galah
3. Merasai sendiri nasi lemak Kak Zai di pintu masuk kampung Kalabakan.

Temubual dengan En Jumari berkaitan "nenek" di Sungai Kalabakan


menyusuri sungai Kalabakan

En Taib sedang menunggu hidangan nasi lemak Kak Zai Kalabakan


penggambaran semasa menyusuri sungai Kalabakan


terima kasih kepada anggota polis Balai Kalabakan yang menjaga keselamatan kami semasa menyusuri sungai Kalabakan

4. Melihat sendiri bulatan besar yang ada di jalan masuk ke Kalabakan
5. Menyaksikan kesan peperangan sambil menghayati perjuangan penduduk Kalabakan ketika konfrantasi 1963
6. Menikmati masakan udang galah Kalabakan di Cafe Mama
7. Melihat kesan sejarah bandar yang hilang Silimpopon
8. Mempelajarai adat resam penduduk Kalabakan yang cepat mesra dengan masyarakat.
9. Melihat perkembangan sebuah kawasan yang kaya dengan aktiviti pembalakan tetapi dipinggirkan dari pembangunan.
10. Kalabakan bakal menjadi lokasi persinggahan pengguna jalan raya Tawau - Keningau dan Kalabakan juga adalah pintu masuk ke Tg Selor Kalimantan Utara.

Awal 2019 kegiatan pembalakan masih rancak di Kalabakan




menikmati hasil tangkapan udang galah


Penduduk Kalabakan sangat mesra dan peramah

Lebih banyak lagi destinasi di Sabah akan saya kongsi bersama-sama anda,terus layari ihsinfosebenar.blogspot.com atau tonton IDZHAM channel di youtube





- idzham hadi sidik -
  

JERITAN BATIN ORANG LUGU