7 LODGE TAMBUNAN - SELESA DAN BERPATUTAN

7 Lodge Tambunan

COMFORTABLE & AFFORDABLE memang tepat slogan The 7 Lodge  Tambunan yang menyediakan penginapan selesa dengan harga berpatutan.

Setiap pelancong yang berkunjung ke Tambunan Sabah seharusnya merasai pengalaman bermalam dengan tinggal di The Lodge Motel & Cafe Tambunan ini.

Saya berpeluang untuk bermalam di sini, selepas dicadangkan oleh Pejabat Daerah Tambunan. Pelbagai jenis bilik disediakan, ada bilik single, ada juga bilik keluarga.




Bagi yang berminat tinggal di dalam kabin, 7 Lodge Tambunan turut menyediakannya. Kawasan yang luas juga membolehkan khemah atau kanopi didirikan untuk keluarga bersantai dan rehat tetapi perlu mengikut SOP penjarakan sosial. 





Pelbagai jenis bilik disediakan oleh 7 Lodge Tambunan

Sepanjang lebih dua bulan berkurung di rumah dalam usaha membantu kerajaan memutuskan rantai covid-19 pastinya ramai yang mahu keluar dan menikmati keindahan alam yang dijanjikan di negeri Sabah ini.

Pastinya juga ramai yang ingin menikmati suasana bermalam di lokasi lain selain dari rumah sendiri, oleh itu jika ke Tambunan inilah ruang penginapan yang perlu anda singgah dan nikmati.

Harga yang ditawarkan memang boleh dengar dan mampu dihuni oleh anda, kemudahannya juga amat selesa dan lokasinya di sebalik kehijauan semulajadi yang menyamankan.



bilik yang bersih dan selesa di 7 Lodge Tambunan

Anda tak perlu bimbang untuk menginap di sini, kerana pengusahanya telah melakukan sanitasi sebelum membuka kepada umum.

Pengunjung yang datang juga akan melalui prosedur yang ditetapkan iaitu akan diambil suhu, mendaftar dan sentiasa diingatkan supaya mencuci tangan serta memastikan penjarakan sosial dan memakai topeng muka.



ruang santai di 7 Lodge yang bersih dan mengutamakan penjarakan sosial

Tentunya industri pelancongan di Sabah khususnya di Tambunan ini akan terus bangkit dan seharusnya warga Sabah perlu memainkan peranan untuk membantu merancakkan industri ini mengikut normal baharu.

Kita jaga kita, kita belum menang, kita pasti menang, Sabahan ronda Sabah.

- idzham hadi sidik -



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JERITAN BATIN ORANG LUGU