TAMBUNAN merupakan sebuah pekan dan daerah yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, kedudukannya 81 km dari Kota Kinabalu, pada ketinggian 1000 m di Banjaran Crocker.
Untuk catatan kali ini, saya akan menyampaikan info berkaitan destinasi yang saya kunjungi iaitu di kampung Widu Tambunan. Kampung ini sebenarnya terletak di kawasan sempadan daerah Ranau dan Tambunan.
Selain pelancong domestik atau pelancong antarabangsa, orang Sabah sendiri perlu mengambil kesempatan untuk berkunjung ke kampung Widu ini untuk melihat sendiri kesan sejarah dan cerita rakyat yang berlaku di situ.
Untuk perkongsian kali ini saya akan catatkan apa yang ada di Kg Widu berkaitan pelancongan berasaskan sejarah, budaya, rekreasi dan alam sekitar.
Perjalanan saya ke Kg Widu bersama sama dengan ahli persatuan pacuan 4 Roda Tambunan, kami bergerak secara konvoi ke kampung widu.
kerjasama daripada Persatuan pacuan 4 roda Tambunan membolehkan saya sampai ke Kg Widu |
meredah sungai menjadi salah satu aktiviti di Kg Widu |
Berlepas dari Pejabat Daerah Tambunan menuju ke Kg Widu, kami menggunakan jalan Tambunan - Ranau. Jalan berturap yang baik tetapi sesekali ada juga melalui laluan yang sedang dibaiki.
Selepas 45 minit kami sampai di simpang masuk Kg Widu. Dari sini bermulalah jalan tidak berturap. Selepas selesa dengan jalan berturap dari Tambunan ke simpang masuk kg Widu, kini kami melalui cabaran menggunakan laluan yang tidak berturap pula. jaraknya kira-kira 17 kilometer. Sepanjang perjalanan menggunakan jalan tidak berturap ini kami turut melalui kampung tiong yang mempunyai sebuah sekolah kebangsaan di situ.
sempat bergambar kenangan di pintu masuk SK Tiong Widu |
Pilot RTM bersama sama ke Kg Widu |
fahmi dan pengawall keselamatan SK Kg Tiong |
Kedudukan kampung widu adalah di kawasan sempadan antara daerah ranau dan tambunan. Dari tambunan jaraknya adalah 54 kilometer manakala dari ranau pula kedudukannya adalah 29 kilometer.
simpang masuk ke Kg Widu di laluan Tambunan - Ranau |
Fahmi jurukamera RTM Sabah sedang membuat penggambaran laluan masuk ke Kg Widu |
Saya dan team Persatuan Pacuan 4 roda Tambunan sudah sampai di Chalet Kg Widu |
Akhirnya saya dan peserta konvoi sampai di kg Widu. kami terus dibawa ke kawasan widu resort yang menyediakan pelbagai pakej lawatan dan penginapan di kampung ini.
Saya dan peserta konvoi disambut meriah oleh pegawai dan kakitangan Widu Resort. Untuk pengetahuan dan informasi anda, terdapat 13 keluarga yang menetap di kg Widu ini. Kebanyakan daripada mereka berbangsa dusun dan beragama islam. pelbagai kemudahan disediakan di kampung ini. Antara kemudahan yang ada termasuklah bekalan elektrik yang dibekalkan oleh sesb, bekalan air graviti, tempat rekreasi seperti gelanggang takraw dan surau bagaimanapun jalan masuk ke kampung ini masih belum berturap.
Kampung Widu ini sebuah perkampungan yang cukup cantik. hutannya masih kekal asli, sungainya yang jernih dan banyak menyimpan kisah lagenda, antaranya gantong sorili.
Kehadiran saya dan krew disambut oleh murid2 SK Tiong dengan pakaian tradisional kaum Dusun
meneruskan perjalanan ke Kg Widu melalui laluan tidak berturap
Chalet Widu dibina dengan buluh
Inilah destinasi pelancongan yang perlu dikunjungi oleh pelancong domestik, luar negara dan orang Sabah sendiri yang berminat dengan cerita rakyat atau lagenda boleh datang ke sini.
5 sebab kenapa anda perlu datang ke Kg Widu.
1. Menikmati pemandangan indah puncak Kinabalu dari arah Kg Widu selain Kundasang.
pemandangan puncak Kinabalu dari Kg Widu |
3. Melihat bunga reflesia yang tumbuh di kawasan rumah penduduk kampung Widu.
4. Mengalami sendiri lagenda Gantong Sorili dan mendengar kisah legenda ini daripada penduduk kampung
teater lagenda gantong sorili dipersembahkan oleh murid2 SK Tiong |
Cikgu Farhan asal Terengganu mengajar di SK Tiong |
5. Menimba pengalaman bermalam di rumah buluh yang disediakan oleh Widu Resort.
Apakata selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak covid19 ini, anda memilih berkunjung ke Kg Widu. hubungi terus en Linos di talian 019-8831568
Catatan saya bukan setakat ini sahaja, banyak lagi destinasi dan lokasi pelancongan di Sabah yang ingin dikongsi bersama dengan anda, jadi terus layari blog saya.
Bob sedang beraksi untuk merakam visual konvoi 4x4 semasa dalam perjalanan ke Kg Widu |
DISEBALIK TABIR. aksi Bob dan Fahmi merakam visual sempat saya rakam |
Mansau Ansau Sabah bukan setakat kita kunjungi destinasi popular sahaja tatapi destinasi yang berpotensi dan jarang jarang menerima pelancong adalah misi utama saya.
- idzham hadi sidik -