Memaparkan catatan dengan label Pulau Balambangan - Destinasi unik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulau Balambangan - Destinasi unik. Papar semua catatan

PULAU BALAMBANGAN - DESTINASI UNIK

Pulau Balambangan, Kudat


PULAU BALAMBANGAN bukanlah destinasi pelancongan terkemuka di negeri Sabah, namun pulau ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pulau ini terletak di dalam daerah Kudat dengan kedudukannya pada bahagian utara Kudat.

Jika dilihat pada peta Sabah, kedudukan Pulau balambangan ini di atas tanduk peta dan bersebelahan dengan Pulau Banggi. Kedudukannya  juga bersempadan dengan negara Filipina dan lebih unik Pulau ini berada di perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu. Sila semak kedudukan Pulau Balambangan melalui link di bawah.

Peta menunjukkan kedudukan Pulau Balambangan


Pulau Balambangan terletak pada bahagian utara Kudat

Sangkar penternakan balad di perairan Kg Selamat Pulau Balambangan

Bagaimana hendak ke Pulau Balambangan?
Maaf, tiada pengangkutan awam, maksudnya tiada perkhidmatan feri atau bot diuruskan oleh syarikat syarikat tertentu, jika hendak ke pulau ini anda perlu berhubung terus dengan Pejabat Daerah Kudat untuk mendapat khidmat nasihat.

Bersama-sama Team Petronas KK ke Pulau Balambangan pada Januari 2020


Kunjungan ke Pulau Balambangan untuk kali ke-2 dibiayai sepenuhnya oleh Petronas dan bot laju di sewa khas dari Jeti Marina menuju terus ke jeti Kg Selamat Pulau Balambangan, mengambil masa 50 minit sahaja


Ini bot penduduk kampung yang sering digunakan oleh pelajar berulang alik dari Kg Batu Sireh ke Kg Selamat Pulau Balambangan, ia mengambil masa 1 jam. 

Inilah bot yang digunakan oleh Guru2 SK Balambang dan penduduk kampung sekiranya hendak ke Kudat. dengan bot ini perjalanan mengambil masa antara 2-3 jam


Bagi anda yang ingin ke Pulau Balambangan bersedialah dengan mental dan fizikal apabila menumpang bot penduduk kampung seperti ini kerana ia amat berisiko



Jika ingin ke Pulau Balambangan berhubuglah dengan Pejabat Daerah Kudat untuk mendapatkan khidmat nasihat termasuk penggunaan bot dan cuaca yang sesuai

Jika mempunyai kenalan di Kudat boleh minta bantuan mereka untuk mendapatkan bot sewa khas untuk membawa anda ke sana. lebih baik jika guna bot penduduk kampung Batu Sireh atau Kampung Selamat Pulau Balambangan.

Perjalanan menggunakan bot penduduk kampung akan mengambil masa antara 1 hingga 2 jam bergantung kepada keadaan cuaca dan ombak laut pada waktu itu. Ini perjalanan membabitkan dari jeti di bandar Kudat terus ke jeti Kg Selamat Pulau Balambangan.

antara pulau kecil yang mengelilingi Pulau Balambangan



Rumah balad milik penduduk Kg Selamat Pulau Balambangan

Jika anda memilih untuk bermalam di Kampung Batu Sireh perjalanan akan mengambil masa antara 1 jam ke 1 jam 30 minit, bergantung kepada cuaca.

suasana kampung yang amat mendamaikan di Kg Batu Sireh Pulau Balambangan


Betul2 lena untuk merehatkan badan dan minda selepas lelah mencari rezeki di lautan


Cara lain untuk ke pulau ini, anda boleh menaiki feri dari Kudat ke Pulau Banggi dan kemudiannya menyambung perjalanan ke Pulau Balambangan dengan menggunakan bot penduduk kampung.

Dari jeti Kudat ke Pulau Banggi disediakan feri besar dengan perjalanan mengambil masa antara 60 ke 90 minit, dan keseluruhan perjalanan ke Pulau Balambangan melalui Kudat - Pulau Banggi - Pulau Balambangan (Kg Selamat @ Kg Batu Sireh) antara 3-4 jam.

Jika anda memang berminat untuk ke pulau ini anda boleh berhubung dengan penduduk kampung (hubungi saya melalui email idzhamhadisidik@yahoo.com).

Apa yang ada di Pulau Balambangan?
Sudah tentu saya akan katakan antara yang menarik di Pulau Balambangan ini ialah penemuan gua batu kapur yang unik dan menarik.

Perusahan atau ternakan balad yang dibuat oleh penduduk kampung di perairan pulau ini serta keaslian pulau yang memaparkan keindahan semulajadi.

Untuk apa saya ke Pulau Balambangan?
Pertama saya ke Pulau Balambangan adalah pada November 2019 membuat liputan penyerahan Asrama Harian Luar Bandar (AHLB) oleh Petronas kepada Sekolah Kebangsaan Balambangan. Kunjungan pertama ke Pulau Balambangan saya tidak bermalam. Ini berikutan Petronas menyediakan menginapan di Marina Resort Kudat dan pengangkutan ke Pulau Balambangan menggunakan feri besar yang disewa khas.
Untuk mengikuti liputan ini anda boleh menonontonnya melalui youtube carian IDZHAM channel atau klik sahaja pada link di bawah ini.
https://youtu.be/ICzLVGCuMA0

Bersama sama krew RTM, team Petronas diketuai En Winston serta Ustaz Harun (Guru SK Balambangan) dan anak muridnya yang menjayakan rakaman Dokumentari AHLB Penawar duka



Jurukamera En Awang Damit  mengambil sudut terbait membuat rakaman dokumentari Rona Sabah


Penggambaran di sekitar SK Balambangan


Sebahagian daripada murid SK Balambangan yang menjayakan penggambaran dokumentari Rona Sabah

Kedua, saya sekali lagi ke Pulau Balambangan adalah pada awal tahun 2020 iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membuat liputan dokumentari Rona Sabah episod Gua Semut Pulau Balambangan.
Kali ini saya dan krew berpeluang untuk berada di di Pulau Balambangan 4hari 3 malam. Malam pertama dan kedua kami dibenarkan menumpang di AHLB SK Balambangan manakala malam ke tiga kami menumpang di rumah balad. Untuk menonton dokumentari ini, sila klik link di bawah
https://youtu.be/HlLAR9CEWjY

Pemandangan dari Marina Resort Kudat 


Kali ketiga saya ke Pulau Balambangan adalah pada Februari 2020, bersama sama dengan Pegawai Daerah Kudat, Tuan Sapdin Ibrahim. Tujuannya adalah untuk melengkapkan penggambaran gua semut atau gua Batu Sireh untuk terbitan Dokumentari Gua Semut Balambangan.

Pengalaman ke Pulau Balambangan kali ini lebih mencabar, walaupun menggunakan bot laju Pejabat Daerah tetapi ia mengambil masa lebih 1 jam 40 minit dari jeti Marina Kudat ke jeti gua semut Pulau Balambangan.

pemandangan matahari terbit boleh disaksikan sekitar pukul 6 pagi




Pengalaman bermalam di rumah balad boleh anda rasai jika berkunjung ke Pulau Balambangan



Ini disebabkan cuaca tidak menentu dengan ketinggian ombak antara 1.5 hingga 2 meter. Alhamdulillah kami selamat pegi dan selamat kembali ke Kudat semula.

Cerita gua semut dan rumah balad akan ditulis dalam halaman lain, Pulau Balambangan - destinasi unik saya akhiri di sini.

- idzham hadi sidik - 







JERITAN BATIN ORANG LUGU