RONDA - RONDA BEAUFORT [160818]
Beaufort adalah sebuah daerah dan juga pekan di Bahagian Pedalaman negeri Sabah. Dari segi sejarah, Beaufort merupakan salah satu lokasi pertempuran antara tentera jepun dan Australia di Sabah semasa perang dunia ke-2.
Beaufort adalah
sebuah Bandar yang menjadi persinggahan pengguna jalan raya untuk ke Lawas di negeri
Sarawak selain ke Negara Brunei Darussalam melalui Sipitang.
Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke Beaufort adalah sejauh 95 kilometer dengan mengambil masa pergerakan antara 1 jam 15 minit ke 3 jam. bergantung pada keadaann trafik semasa.
Bagi anda yang ingin menikmati perjalanan menggunakan keretapi, perkhidmatan ini boleh digunakan dari Kota Kinabalu ke Beaufort dengan kekerapan masa perjalanan 2 kali sehari pergi dan balik.
Beaufort juga terkenal dengan ikon limau barli dan kebanyakan destinasi pelancongan membabitkan produk berasaskan alam sekitar.
lintasan keretapi berhampiran Pekan Beaufort |
Replika limau barli di salah satu bulatan di Pekan Beaufort |
Sejak April 2018 bermastautin di Sabah, Beaufort telah saya kunjungi tidak kurang daripada 5 kali. Kunjungan ke daerah Beaufort semuanya di atas tugasan penggambaran rancangan Mansau Ansau (Travelog) dan dokumentari Rona Sabah.
Pekan Beaufort mempunyai banyak kemudahan seperti pusat2 perniagaan yang baharu, Hospital, Sekolah dan pejabat Kerajaan. Kemudahan lain termasuklah Ibu Pejabat Polis Daerah, Balai Bomba, Perpustakaan Negeri, Kompleks Sukan serta Mahkamah Majistret dan Mahkamah Syariah.
Produk pelancongan yang terdapat di daerah Beaufort ini kebanyakannya berasaskan alam sekitar, alam semulajadi, hidupan liar serta adat dan budaya.
Salah satu destinasi pelancongan di Beaufort yang pernah di kunjungi untuk tujuan penggambaran rancangan Mansau Ansau ialah Weston Wildlife, Dari Beaufort ke Weston jaraknya adalah sejauh 35 kilometer dengan masa perjalanan selama 20 minit, laluan yang lancar dan tidak membabitkan kesesakan jalan raya.
Sebaik sahaja tiba di Weston Wildlife, saya disambut oleh Pengurus Weston Wildlife, Neil Dejullacion. Beliau kemudiannya terus memberi taklimat berkaitan aktiviti di sini.
Aktiviti di sini, naik bot pegi tengok monyet probocis, kemudian melihat matahari terbenam di muara sungai dan sewaktu berpatah balik ke Weston Wildlife kita akan dibawa melihat kelip-kelip. Aktivitinya bermula sekitar jam 4.30 petang.
Bagaimanapun, harus di ingat lawatan menyusuri sungai itu dilakukan antara waktu solat Asar, Maghrib dan Isyak. Untuk umat Islam sebaiknya jika mahu memilih aktiviti ini sebaiknya aturlah kewajipan sebagai seorang Muslim.
Banyak lagi tempat menarik di daerah Beaufort yang boleh anda lawati, semua maklumat dan ceritanya boleh anda perolehi dengan memiliki buku Mansau Ansau Sabah - ronda bersama Idzham
- IDZHAM HADI SIDIK -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan