DESTINASIKU KALABAKAN
|
Memorial Konfrantasi Kalabakan 1963 |
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada tahun 2018, tugas saya adalah menerbitkan sebuah dokumentari yang berkisar pada cerita sejarah yang menyatukan Tanah Melayu (semenanjung Malaysia) Sabah dan Sarawak.
Saya memilih untuk ke Kalabakan bagi menyingkap semua sejarah atau peristiwa berdarah yang berlaku di Kalabakan.
|
Saya dapat menebual dua pejuang Kalabakan semasa berlaku serangan pada 1963 |
|
Mail
@ Gading Melonti bekas anggota Pasukan Polis Hutan (kanan) dan Allahyarham Diwan Hussin (kiri) bekas anggota Home Guard berdepan musuh pada 29 Disember 1963 menjadikan mereka
antara pejuang Kalabakan. |
Dari Kota Kinabalu ke Kalabakan mengambil masa lebih 8 jam perjalanan darat. Laluan jalan raya bukan seperti lebuhraya Plus di Semenanjung Malaysia.
Seperti yang saya ceritakan sebelum ini dalam pengembaraan ke bandar yang hilang Silimpopon, dari Kota Kinabalu saya melalui Keningau, Nabawan, Sook dan akhirnya tiba di Kalabakan.
|
Tugu peringatan Kalabakan pandangan dari atas. |
|
Disinilah berlakunya pertempuran antara pasukan keselamatan negara dengan gerila Indonesia ketika konfrantasi 1963 |
|
Perjalanan menggunakan kenderaan Jabatan Penyiaran singgah di warong Baru Jumpa berhampiran simpang Maliau Basin |
Alhamdulillah di Kalabakan saya dan krew RTM Sabah sudah siap diterima dan disambut oleh Encik Mohd Asri Mama, saya mengenali Asri melalui Puan Azian yang dulu bertugas di RTM Tawau tapi kini beliau sudah berpindah ke RTM Kota Kinabalu.
|
Rumah Mail di Kalabakan |
|
kesan peperangan di Tugu Peringatan |
|
antara kesan sejarah yang masih ada di tugu peringatan Kalabakan |
Sebaik sahaja sampai di bulatan besar Kalabakan, saya terus dibawa ke Tugu Peringatan konfrantasi Kalabakan 1963. kalau nak mengetahui mengenai Peristiwa ini boleh tonton di youtube Idzham Channel dengan
link https://youtu.be/ZsxXRyB2Mrc
Berada di Kalabakan sangat mendamaikan kerana ia jauh dari kesibukan kota, namun ia sibuk pula dengan kegiatan pembalakan (kelihatan masih banyak balak balak yang diangkut dan dilonggokkan di sungai Kalabakan ketika kehadiran saya ke sini [2018])
Di Kalabakan saya dan rakan2 menginap di rumah rehat rehat Felda Kalabakan, Kalabakan adalah sebuah kampung tanpa Pekan, kedudukannya dengan Tawau lebih kurang 2 jam perjalanan.
Nama Kalabakan sangat gah tetapi yang menghairankan tiada pekan dibina pada sehingga 2018. Namun pada masa ini Kalabakan sudah dinaiktaraf sebagai sebuah daerah kecil dan mempunyai Pejabat Daerah. Katanya pembangunan pekan Kalabakan juga sedang giat diusahakan.
Bagi anda yang menggunakan laluan Keningau - Tawau - Keningau bolehlah singgah di Kalabakan untuk melihat sendiri kesan sejarah di Tugu peringatan ini.
Banyak lagi kisah di Kalabakan yang hendak diceritakan, inshaAllah saya akan sambung lagi cerita dan produk pelancongan yang ada di Kalabakan. atau anda boleh mendapatkan buku tulisan saya TRAVELOG SABAH - idzham berjalan
- IDZHAM HADI SIDIK -