KENINGAU, BANDAR PEDALAMAN |
KEDATANGAN anda ke negeri di bawah bayu Sabah, diibaratkan sebagai "rugi" sekiranya daerah Keningau tidak anda kunjungi.
Keningau sebuah bandar di kawasan pedalaman cukup kaya dengan keindahan alam semulajadi, cuaca yang dingin malah menyimpan kesan sejarah negara yang cukup bermakna.
Dari Kota Kinabalu perjalanan ke Keningau akan mengambil masa antara 2 jam ke 2 jam 30 minit bergantung kepada pemanduan dan keadaan trafik semasa.
Laluan berbukit ke Keningau akan bermula selepas Kimanis, bagaimanapun jalan raya ini lebar dan mempunyai laluan memotong terutamanya di kawasan cerun.
Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau, anda akan disajikan dengan pemandangan yang indah, Banjaran Crocker yang kaya dengan kehijauan, bukit bukau dan gunung ganang pastinya menjadi tumpuan anda.
Keningau dan sejarah Malaysia memang tidak boleh dipisahkan, di sinilah lokasi terakhir dan sinilah juga persetujuan dicapai untuk Sabah bersama sama membentuk Malaysia pada 1963.
Rumah Orang Kaya Kaya (OKK) Sodomon di Keningau ada cerita tersurat dan tersirat, di sinilah berlangsungnya perbincangan antara Allahyarham Tun Abdul Razak dengan pemimpin tempatan berkaita pembentukan Malaysia.
Apabila persetujuan membentuk Malaysia dicapai di rumah OKK Sodomon ini maka beberapa syarat telah dirangka dan dibuat sebelum pembentukan Malaysia.
Rumah OKK Sodomon di Keningau |
Kesan peluru akibat tembakan oleh tentera Jepun |
Persetujuan itu diabadikan pada sebuah batu yang dinamakan sebagai Batu Sumpah Keningau, ia telah 3 kali dipindahkan dari lokasi asal dan kini Batu Sumpah dilatakkan berhapiran Muzium Warisan Keningau.
Batu sumpah Keningau kini ditempatkan di perkarangan Muzium Warisan Keningau |
Batu sumpah dipindahkan dari Pejabat Daerah Keningau ke perkarangan muzium |
Berkesempatan melihat sendiri proses pemindahan Batu Sumpah dan ritual yang dilakukan oleh penduduk tempatan
Luangkan masa anda untuk berkunjung ke Keningau, hanya 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu, apabila ke Sabah janganlah hanya set fikiran anda ke destinasi pelancongan yang biasa menjadi tumpuan.
Anda perlu lakukan perubahan, anda perlu mencari destinasi baharu yang kurang dikunjungi tetapi mempunyai nilai yang sangat tinggi untuk disinggahi dan dilawati.
Janganlah ke Sabah balik balik ke situ sahaja, asyik asyik gambar itu sahaja, gambar yang orang lain sudah ada, gambar yang orang lain sudah tiba, anda kena buktikan kepada orang ramai Sabah kaya dengan destinasi pelancongan yang pelbagai.
Biar mereka tertanya tanya, biar mereka kata "adushhh rugi aku tak pergi sini" Biar mereka rasa terkilan dengan menyebut "eh, ada yea tempat ni di Sabah, alahhh ruginya tak pergi". semuanya anda perlu mulakan.
- idzham hadi sidik -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan