GANTONG SORILI KG WIDU TAMBUNAN

Gantong Sorili Kg Widu Tambunan

TAMBUNAN merupakan sebuah pekan dan daerah yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, kedudukannya 81 km dari Kota Kinabalu, pada ketinggian 1000 m di Banjaran Crocker. 

Untuk catatan kali ini, saya akan menyampaikan info berkaitan destinasi yang saya kunjungi iaitu di kampung Widu Tambunan. Kampung ini sebenarnya terletak di kawasan sempadan daerah Ranau dan Tambunan.

Selain pelancong domestik atau pelancong antarabangsa, orang Sabah sendiri perlu mengambil kesempatan untuk berkunjung ke kampung Widu ini untuk melihat sendiri kesan sejarah dan cerita rakyat yang berlaku di situ.

Untuk perkongsian kali ini saya akan catatkan apa yang ada di Kg Widu berkaitan pelancongan berasaskan sejarah, budaya, rekreasi dan alam sekitar. 

Perjalanan saya ke Kg Widu bersama sama dengan ahli persatuan pacuan 4 Roda Tambunan, kami bergerak secara konvoi ke kampung widu.

kerjasama daripada Persatuan pacuan 4 roda Tambunan membolehkan saya sampai ke Kg Widu

meredah sungai menjadi salah satu aktiviti di Kg Widu



Berlepas dari Pejabat Daerah Tambunan menuju ke Kg Widu, kami menggunakan jalan Tambunan - Ranau. Jalan berturap yang baik tetapi sesekali ada juga melalui laluan yang sedang dibaiki.

Selepas 45 minit kami sampai di simpang masuk Kg Widu. Dari sini bermulalah jalan tidak berturap. Selepas selesa dengan jalan berturap dari Tambunan  ke simpang masuk kg Widu, kini kami melalui cabaran menggunakan laluan yang tidak berturap pula. jaraknya kira-kira 17 kilometer. Sepanjang perjalanan menggunakan jalan tidak berturap ini kami turut melalui kampung tiong yang mempunyai sebuah sekolah kebangsaan di situ.
sempat bergambar kenangan di pintu masuk SK Tiong Widu

Pilot RTM bersama sama ke Kg Widu

fahmi dan pengawall keselamatan SK Kg Tiong

Kedudukan kampung widu adalah di kawasan sempadan antara daerah ranau dan tambunan. Dari tambunan jaraknya adalah 54 kilometer manakala dari ranau pula kedudukannya adalah 29 kilometer.


simpang masuk ke Kg Widu di laluan Tambunan - Ranau


Fahmi jurukamera RTM Sabah sedang membuat penggambaran laluan masuk ke Kg Widu


Saya dan team Persatuan Pacuan 4 roda Tambunan sudah sampai di Chalet Kg Widu

Akhirnya saya dan peserta konvoi sampai di kg Widu. kami terus dibawa ke kawasan widu resort yang menyediakan pelbagai pakej lawatan dan penginapan di kampung ini.

Saya dan peserta konvoi disambut meriah oleh pegawai dan kakitangan Widu Resort. Untuk pengetahuan dan informasi anda, terdapat 13 keluarga yang menetap di kg Widu ini. Kebanyakan daripada mereka berbangsa dusun dan beragama islam. pelbagai kemudahan disediakan di kampung ini. Antara kemudahan yang ada termasuklah bekalan elektrik yang dibekalkan oleh sesb, bekalan air graviti, tempat rekreasi seperti gelanggang takraw dan surau bagaimanapun jalan masuk ke kampung ini masih belum berturap.

Kampung Widu ini sebuah perkampungan yang cukup cantik. hutannya masih kekal asli, sungainya yang jernih dan banyak menyimpan kisah lagenda, antaranya gantong sorili. 

Kehadiran saya dan krew disambut oleh murid2 SK Tiong dengan pakaian tradisional kaum Dusun


meneruskan perjalanan ke Kg Widu melalui laluan tidak berturap


Chalet Widu dibina dengan buluh

Inilah destinasi pelancongan yang perlu dikunjungi oleh pelancong domestik, luar negara dan orang Sabah sendiri yang berminat dengan cerita rakyat atau lagenda boleh datang ke sini.

5 sebab kenapa anda perlu datang ke Kg Widu.

1. Menikmati pemandangan indah puncak Kinabalu dari arah Kg Widu selain Kundasang.

pemandangan puncak Kinabalu dari Kg Widu


2. Merasai perjalanan menggunakan pacuan 4 roda di laluan tidak berturap serta menaiki 4x4 meredah sungai berbatu. sambil-sambil bermain air dan mandi manda di Sungai Kg Widu yang jernih airnya.





3. Melihat bunga reflesia yang tumbuh di kawasan rumah penduduk kampung Widu.


gigih mencari bunga reflesia







4. Mengalami sendiri lagenda Gantong Sorili dan mendengar kisah legenda ini daripada penduduk kampung

teater lagenda gantong sorili dipersembahkan oleh murid2 SK Tiong




Cikgu Farhan asal Terengganu mengajar di SK Tiong

5. Menimba pengalaman bermalam di rumah buluh yang disediakan oleh Widu Resort.




menyaksikan keindahan alam semulajadi di Kg Widu



krew Widu Resort
Apakata selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak covid19 ini, anda memilih berkunjung ke Kg Widu. hubungi terus en Linos di talian 019-8831568

Catatan saya bukan setakat ini sahaja, banyak lagi destinasi dan lokasi pelancongan di Sabah yang ingin dikongsi bersama dengan anda, jadi terus layari blog saya.
Bob sedang beraksi untuk merakam visual konvoi 4x4 semasa dalam perjalanan ke Kg Widu



DISEBALIK TABIR. aksi Bob dan Fahmi merakam visual sempat saya rakam

menyerahkan buku Kayak Merdeka sebagai tanda kenangan daripada saya kepada En Linos

Mansau Ansau Sabah bukan setakat kita kunjungi destinasi popular sahaja tatapi destinasi yang berpotensi dan jarang jarang menerima pelancong adalah misi utama saya.

- idzham hadi sidik - 

NENEK DI SUNGAI KALABAKAN

kata orang... ada udang galah maka adalah "nenek"


KALABAKAN nama yang cukup gah di Sabah tetapi ia bukan destinasi tumpuan pelancong. Ini sudah saya terangkan dalam catatan bertajuk Kalabakan - Memorial konfrantasi 1963 sebelum ini.

Memandangkan industri pelancongan antarabangsa masih belum beroperasi sepenuhnya berikutan wabak covid 19 sejak Januari 2020, saya rasa terpanggil untuk berkongsi cerita berkaitan lokasi dan destinasi yang pernah saya kunjungi atau jejaki di sekitar Sabah sejak saya bermastautin di sini pada April 2018.

Bila sebut Sabah, sudah pasti ramai yang nampak ikon pelancongannya Gunung Kinabalu, pulau2 cantik di Semporna, Pasar filipin, ikan bilis, hasil laut yang segar dan bandaraya Kota Kinabalu.







Kundasang destinasi pelancongan popular di Sabah 


Pulau Mabul antara destinasi pelancongan Sabah yang menjadi tumpuan

Sebenarnya banyak kawasan atau lokasi menarik di Sabah untuk dikunjungi, bagaimanapun berikutan kekangan kemudahan awam seperti pengangkutan awam, jalan raya yang baik ia membataskan pergerakan pelancong.

Saya yakin, lokasi atau destinasi serta produk pelancongan yang ada di Sabah belum lagi diterokai sepenuhnya oleh anak jati atau orang Sabah sendiri, contoh ada orang Keningau yang belum pernah ke Sandakan, ada orang Sandakan yang belum menjejakkan kaki ke Kalabakan, malah ada orang Kota Belud yang langsung tidak mengetahui adanya tempat menarik di Tenom.

Dalam ruang Travelog Sabah ini saya akan berkongsi pelbagai cerita di destinasi dan lokasi yang pernah saya kunjungi untuk dijadikan panduan orang Sabah sendiri serta pelancong domestik dan luar negara menjelajah ke seluruh pelusuk Sabah.

Kali ini, saya tulis lagi berkaitan destinasi Kalabakan, tajuknya ialah "Nenek di sungai Kalabakan"


Udang galah segar dari sungai Kalabakan yang dikaitkan dengan adanya "nenek"



harga ulang galah di Kalabakan lebih murah berbanding di tempat lain


Bukan mudah untuk menangkap udang galah, hanya mereka yang mahir mampu melakukannya
                                               

goreng pun sedap


Kalau nak makan udang galah segar terus dari sungai silalah singgah di Kalabakan

Kisah "nenek" di sungai Kalabakan ini ada kaitan dengan udang galah. sewaktu mengikut seorang penduduk kampung Encik Jumari Antang berusia 54 tahun, untuk menjayakan dokumentari Rona Sabah episod "Pemburu sepit biru", beliau tiba-tiba bertanya "nak tengok nenek" saya pun tertanya tanya apa yang dikamsudkan dengan "nenek". Saya pantas menjawab "nak".

Jumari pun terus memandu botnya menuju ke lokasi menjala udang galah sambil mulutnya terkumat kamit seperti menyeru sesuatu. Fikiran saya mula membayangkan "nenek" yang dimaksudkan itu.

Akhirnya Jumari memberitahu "Tuan, nenek nda ada la hari ni, nda ada rezeki kita tuan". saya cuma mengangguk faham, dan kami terus berpatah balik menuju ke jeti Kg Kalabakan untuk mengakhiri penggambaran menjala udang galah.

sebaik menjejakkan kaki di jeti saya terus bertanya En Jumari, "Apa tu nenek" dia terus menjawab "buaya, kami sini panggil nenek, sebab tu la kita nda dapat udang galah hari ni".

Jumari bersedia untuk menebar jalanya


menyusuri sungai Kalabakan


Udang galah yang berjaya di jala


Sungai Kalabakan

Ok saya faham... nenek adalah paggilan untuk buaya dan betullah orang cakap jika ada udang galah maka adalah buaya di kawasan sungai itu, dan jangan silap, bukan buaya makan udang tetapi udang galah sebenarnya yang memakan lumut lumut yang ada pada badan buaya.

Inilah salah satu sebab, mengapa pelancong atau orang Sabah sendiri perlu datang ke Kalabakan, bukan sekadar melawat tetapi perlu bermalam d sini.

Satu lagi yang perlu anda nikmati jika datang ke Kalabakan adalah 'Pasar 12". Ini adalah pasar malam yang besar diadakan pada setiap tanggal tarikh 12 hari bulan tiap-tiap bulan.

Pasar 12 Kalabakan

Jurukamera RTM Sabah, Norhisham  Ismail sedang membuat penggambaran


Pasar 12 Kalabakan menjadi medan membeli barangan keperluan oleh penduduk kampung dan pekerja estate sekitar kalabakan






Peniaga datang dari seluruh Sabah untuk berniaga di sini, mereka biasanya datang pada 11 hari bulan dan mula meninggalkan Kalabakan pada 13 haribulan.

Di sini saya akui ada 5 sebab mengapa Kalabakan perlu dikunjungi.
1. Terletak di kawasan Pedalaman yang kaya dengan hutan tetapi telah diterokai dengan kerja pembalakan.

Pekan kecil, Kalabakan

Pekan kecil Kalabakan ini adalah deretan bangunan kedai di kiri kanan jalan di hujung kampung

2. Menyusuri sungai Kalabakan untuk menjala udang galah
3. Merasai sendiri nasi lemak Kak Zai di pintu masuk kampung Kalabakan.

Temubual dengan En Jumari berkaitan "nenek" di Sungai Kalabakan


menyusuri sungai Kalabakan

En Taib sedang menunggu hidangan nasi lemak Kak Zai Kalabakan


penggambaran semasa menyusuri sungai Kalabakan


terima kasih kepada anggota polis Balai Kalabakan yang menjaga keselamatan kami semasa menyusuri sungai Kalabakan

4. Melihat sendiri bulatan besar yang ada di jalan masuk ke Kalabakan
5. Menyaksikan kesan peperangan sambil menghayati perjuangan penduduk Kalabakan ketika konfrantasi 1963
6. Menikmati masakan udang galah Kalabakan di Cafe Mama
7. Melihat kesan sejarah bandar yang hilang Silimpopon
8. Mempelajarai adat resam penduduk Kalabakan yang cepat mesra dengan masyarakat.
9. Melihat perkembangan sebuah kawasan yang kaya dengan aktiviti pembalakan tetapi dipinggirkan dari pembangunan.
10. Kalabakan bakal menjadi lokasi persinggahan pengguna jalan raya Tawau - Keningau dan Kalabakan juga adalah pintu masuk ke Tg Selor Kalimantan Utara.

Awal 2019 kegiatan pembalakan masih rancak di Kalabakan




menikmati hasil tangkapan udang galah


Penduduk Kalabakan sangat mesra dan peramah

Lebih banyak lagi destinasi di Sabah akan saya kongsi bersama-sama anda,terus layari ihsinfosebenar.blogspot.com atau tonton IDZHAM channel di youtube





- idzham hadi sidik -
  

BALAT BALAMBANGAN

Rumah Balat Pulau Balambangan

BALAT sejenis hidupan laut yang mudah diternak, ia dijadikan sebagai sumber pendapatan Pulau Balambangan dan memberi pulangan yang lumayan. 

Inilah salah satu khazanah yang terdapat di Pulau Balambangan, sebuah pulau yang bukannya tumpuan pelancong tetapi ia berpotensi untuk menarik kehadiran pelancong domestik dan luar negara.


Rumah dan sangkar Balat pandangan dari udara



Balat yang sudah kering


Balat yang dikatakan mempunyai pelbagai khasiat


Pemandangan rumah balat pada waktu senja



Berada di tengah laut menumpang bermalam di rumah balat


Sangkar balat

Apa kata selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda kembali menceriakan dan merancakkan industri pelancongan domestik, melanconglah dalam negara dan jika ke Sabah jangan lupa berkunjung ke Pulau Balambangan di Kudat.

Untuk ke pulau ini, seperti yang telah saya perjelaskan dalam halaman atau cerita bertajuk Pulau Balambangan - Destinasi Unik, pastinya anda telah memperolehi informasinya.

Seperkara lagi suka diingatkan, talian komunikasi di Pulau Balambangan tidak sebaik di kawasan bandar, adakalanya tiada liputan rangkaian adakalanya terdapat rangkaian, kerana di Pulau Balambangan belum ada menara telekomunikasi yang dibina oleh syarikat telekomunikasi.

Difahamkan talian komunikasi yang ada di Pulau Balambangan diperolehi daripada menara telekomunikasi di Pulau Banggi.

Terpaksa memanjat bukit di Pulau Balambangan untuk mendapatkan rangkaian telekomunikasi


Beginilah keadaan Team Petronas yang terpaksa mencari rangkaian telekomunikasi untuk menghantar laporan harian ke pejabat

Ternakan balat ini diusahakan oleh penduduk kampung, benih balat boleh dikutip di sekitar pantai dan kemudiannya hidupan ini dikurung dan makanan diperolehi dari kawasan sekitar.

Kalau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ternakan balat, khasiat balat dan yang berkaitan dengan balat anda boleh datang sendiri ke Pulau Balambangan dan boleh berhubung dengan En Marin Sipat.

ikan kering juga menjadi sumber pendapatan penduduk Pulau Balambangan


perhatikan... betapa jernihnya air laut di rumah balat ini


di rumah Balat rangkaian telekomunikasi agak baik kerana ia berada berhampiran Pulau Banggi


menikmati makan malam di atas pelantar rumah balat

ikan baru baik
=
melelapkan mata dengan beratapkan awan dan langit


Bermalam di rumah laut Kg Selamat, Pulau Balambangan, kami dipertemukan dengan penternak balat biran bin sipat, berusia 63 tahun. beliau adalah abang kepada miran, dia mengusahakan balat di perairan pulau balambangan ini sejak 5 tahun yang lalu.

Balat dari pulau balambangan ini mempunyai pelbagai khasiat dan ia dimport hingga ke korea dan china. menternak balat tidak memerlukan modal untuk membeli benih, ia boleh dikutip di pantai apabila air surut. 

Balat dan batu kapur menjadi antara khazanah yang cukup unik di pulau balambangan. kajian sudah dibuat, usaha sedang dipergiat bagi menjadikan pulau balambangan setanding dengan pulau-pulau pelancongan lain di sabah.


Bagi sesiapa yang berminat untuk berkunjung ke Pulau Balambangan bolehlah berhubung dengan saya untuk saya kongsikan beberapa cerita yang tidak dicatatkan di sini.

- idzham hadi sidik - 




  

JERITAN BATIN ORANG LUGU