0 KILOMETER KUALA LIPIS

Travelog 0km - misi mencari batu penanda jarak 0 kilometer
Batu penanda jarak 0 kilometer yang pertama ditemui ihs adalah di Kuala Lipis iaitu betul betul berdepan dengan Pejabat Pos Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Pada masa itu, tiada nampak keunikan pun pada batu penanda jarak 0 kilometer tersebut. Sebabnya mungkin setiap hari dapat dilihat kerana pada ketika itu (sekitar tahun 1989 - 1990) ihs menuntut di Institut Pertanian Kuala Lipis (IPKL).

MENARIK... Batu penanda jarak 0km terletak di sisi Pejabat Pos Kuala Lipis mampu menjadi daya tarikan pelancong

MERCU TANDA... inilah batu penanda jarak yang mula ditemui ihs di bandar Kuala Lipis pada tahun 1989 sewaktu menuntut di IPKL, Pahang

BUKTI... Rakan mantan skuad Alfa, Zulhafiq Halim (Fido) sempat bergambar di batu penanda jarak 0km sewaktu singgah di bandar Kuala Lipis
Bagi anda yang bakal melalui atau singgah di Kuala Lipis, carilah batu penanda jarak 0 kilometer ini, tak rugi bergambar di sini. Selepas mengabdikan kenangan berfoto di sini anda akan menjadi antara pemburu 0 kilometer.

- ihs - 0km Kuala Lipis ihs jejakiTRAVELOG : Jelajah 0 kilometer (Kuala Lipis)

JERITAN BATIN ORANG LUGU