DURIAN digelar sebagai raja buah, bagi yang menggemarinya pasti akan mencari apabila tiba musim untuk menikmatinya.
Pelbagai jenis durian ketika ini, hasil ditanam secara kacukan, dulu2 hanya durian kampung saja, dan yang cukup aku ingat "durian pelanto" sbb masa tanam durian tu disemai dengan membaling bijinya dari palantar rumah.
Sekarang durian pelanto di Kg Balik Bukit Chohong ini dah tiada sebab mati akibat kena panah petir.
Durian ada yang rasanya manis, ada pahit, ada lemak manis, citarasa orang ramai juga berlainan antara satu sama lain.
Dulu sekitar tahun 80an, paling mahal saya jual durian sekitar RM5 sekilo, itupun masa durian baru gugur, kalau dah hujung2 harganya 50sen je sekilo.
Durian ini banyak perumpamaannya, orang boleh kaitkan durian dengan kisah hidup, durian diibaratkan sebagai rencah kehidupan, buah ini juga sering dijadikan contoh setiap kenikmatan itu perlu melalui keperitan.
Tak kurang pula mengaitkan kisah durian ini dengan cerita jodoh dan kejayaan dalam bidang perniagaan. Malah ada juga yang menyamakan durian dengan kisah bijak memilih serta jangan lihat luaran tetapi selami dalaman.
Durian... Bukan sekadar buah, kalau harganya teramat mahal, sabarlah usaha dan cari lagi di tempat lain.
Yang menjual durian jangan terlalu Mahal, patut patutlah, kiralah harga kos menanam, menyelenggara, membaja, meracun, tak perlu untung berganda ganda, sedekah lebih mulia pastinya rezeki berlipat Ganda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan