Gua Batu Sireh di Pulau Balambangan mempunyai reka bentuk semulajadi yang amat menakjubkan.
GUA BATU SIREH atau disebut juga sebagai gua semut di Pulau Balambangan menyimpan khazanah alam yang jarang dilihat oleh orang ramai. Alhamdulillah walaupun belum lama bertapak di Sabah, saya menjadi orang yang bertuah kerana sudah sampai di lokasi ini dan telah dapat masuk ke dalam gua batu kapur yang boleh dilabel sebagai gua tercantik di Borneo.
Ianya amat menakjubkan, sesuatu yang di luar jangkaan, terpesona dan mengaksyikkan, memukau mata memandang, amat indah dan cantik, ibarat berada di alam lain, inilah realiti fenomena alam yang ada di gua semut atau gua batu sireh pulau balambangan, kudat sabah.
Batu2 kapur yang wujud di dalam gua semut pulau balambangan ini dikenalpasti terbentuk sejak berratus tahun malah berjuta tahun dahulu.
antara rupa bentuk batu kapur dalam gua Batu Sireh
Menakjubkan
susunan rekabentuk yang terjadi akibat hakisan
Keunikan
gua2 di pulau balambangan ini telah diceritakan oleh mantan ketua Kampung Selamat, Pulau Balambangan iaitu Marin bin Sipat berusia 60 tahun. dia menyimpan pelbagai cerita
berkaitan khazanah balambangan. Kerana cerita beliau saya teruja untuk menjejakkan kaki di gua semut atau gua Batu Sireh.
Pemandangan bahagian atas atau bumbung gua
keunikan batu kapur akibat hakisan
belum ramai yang dapat melihat pemandangan ini secara langsung di lokasi
Penerokaan khazanah balambangan bermula, dalam pelayaran mata tertumpu ke dasar laut kerana kami diingatkan oleh penduduk kampung bahawa perairan Balambangan dan Banggi kini mula dijenguk buaya air masin.
Memasuki kawasan tanjung periuk, dari jauh kami mula nampak sebuah jeti kayu yang agak usang. sebaik mendarat di jeti, perjalanan diteruskan hingga ke pintu gua semut.
Pintu masuk gua semut @ gua Batu Sireh Pulau Balambangan
Jika anda berhajat melihat keindahan gua semut, silalah ke Pulau Balambangan
keindahan alam semulajadi
Penggambaran dokumentari Rona Sabah
Terlalu banyak ukiran semulajadi di gua Batu Sireh
hakisan di gua semut membentuk batu bulat
ibarat lampu gantung di syiling bangunan
Jurukamera Awang Damit dan Jururakam suara Bob mengambil sudut penggambaran terbaik
menakjubkan
Krew RTM Sabah sedang membuat penggambaran
Batu kapur di dalam gua Balambangan yang mempunyai pelbagai jenis rupa bentuk berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan di daerah Kudat
Sebelum ini Kudat hanya dikenali melalui Tg Simpang Mengayau atau tip of borneo, namun dengan adanya gua gua batu kapur yang memukau ini, Kudat akan lebih terkenal.
Dalam halaman berikut, saya akan catat pula kisah penternakan balad di kawasan Pulau Balambangan.
Ikuti paparan video berkaitan gua semut @ gua batu sireh di link ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan