Ride solo : Kota Kinabalu - Bandar Seri Begawan - Kota Kinabalu

BERMOTOSIKAL SOLO KOTA KINABALU - BRUNEI - KOTA KINABALU


RIDE SOLO bersempena Hari Kebangsaan 2019, terdetik nak menunggang sang siput Putih Biru MCR7747 yang dah lama berehat sejak diterbangkan dari Melaka ke Kota Kinabalu pada Mei 2018.

Ini catatannya:-
310819 - 0630hrs bermula dari lokasi "0km" Kota Kinabalu, di depan pejabat Sabah Tourism Board saya mula menunggang menuju ke Sindumin (sempadan Sabah & Sarawak).Perjalanan saya dari KK melalui Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang. Berhati hati lah apabila menggunakan jalan raya dari KK ke Sipitang. Pada masa ini laluan berkenaan terlibat dengan kerja pembikinan lebuh Pan Borneo. Ada kawasan yang jalan berturap tidak rata, berlubang dan berdebu.

Memulakan perjalanan di hadapan pejabat Sabah Tourism Board yang ada ikon "0" kilometer


0930hrs, Alhamdulillah tiba di Pos Imigresen Sindumin -  Merapok sempadan Sabah Dan Sarawak, di sini cop passport terhad dan perjalanan di teruskan ke Lawas. Bermakna sekarang ni saya sudah keluar dari Sabah dan kini saya berada di bumi Kenyalang Sarawak.


Sempadan Sabah - Sarawak (Pos Imigresen Sindumin - Merapok)



Selepas urusan cop passport selesai, saya terus menuju ke Kuala Lawas untuk menaiki feri bagi menyeberangi sungai Lawas. Selain menggunakan feri sebenarnya dari Sindumin boleh saja terus menggunakan jalan raya hingga ke pekan Lawas tapi dengan menggunakan khidmat feri ia menjimatkan masa perjalanan Sindumin - Lawas lebih 30 minit.



Pengkalan jeti Kuala Lawas (jalan pintas Sindumin - Lawas)


1005hrs - Sampai di jeti feri Kuala Lawas, feri ini jalan setiap masa, apabila kenderaan penuh saja feri ini akan terus bergerak dari seberang ke seberang.
Masa menyeberang antara 10 minit ke 15 minit saja. Nak jadikan cerita masa saya naik feri ini dengan pengguna yg lain, tiba2 feri ini tersangkut pada tiang jeti, semua kenderaan & penumpang tak dapat turun, hampir sejam juga masalah ini berjaya di tangani.

Dari jeti feri ke pekan Lawas (Sarawak) mengambil masa 15 minit saja. Perjalanan di teruskan dari Lawas hingga ke Pos Imigresen Mangkalap (sempadan Sarawak - Brunei). Sepanjang perjalanan kita akan nampak kampung2 tradisional dan hutan saja. Kira2 18km dari Lawas kita akan jumpa pekan Terusan sebelum sampai ke CIQ Mangkalap. Sampai di CIQ Mangkalap seperti biasa kena cop passport, saya kes spesial sikit, saya kena serah pasport terhad dan pasport  antarabangsa. Selesai cop passport di CIQ Mangkalap bererti  sekarang saya sudah keluar dari Malaysia.

Menjejaki "0" kilometer Bangar (Brunei Darussalam)


Menghampiri sempadan Sarawak - Brunei Darussalam

Kira2 500 meter dari Pos Imigresen Mangkalap kita akan melalui pos Imigresen Labu (Brunei). Di sini urusan cop pasport antarabangsa untuk memasuki Brunei Darussalam. Untuk kenderaan kita perlu mengimbas borang VES sebelum meneruskan perjalanan.
Borang VES?... borang ini adalah dokumen kenderaan yang perlu diisi pemilik kenderaan secara dalam talian ONLINE, sebelum memasuki Brunei.




Sahabat lama Zambri Khalid dah siap menunggu di Penderuan sebaik sahaja saya selesai urusan dokumentasi di CIQ Penderuan. Dari situ kami meneruskan perjalanan ke Limbang. Sebaik sahaja sampai di Limbang, saya dan Zambri makan tengahari di sebuah restoran di bandar Limbang. 


Terima kasih kepada Atok (Zambri Khalid) yang membantu saya menunggang ke Brunei Darussalam

Perancangan awal nak masuk Brunei keesokan hari tetapi apabila dihitung waktu, rasanya elok masuk hari ini jugak, selepas daftar masuki hotel di bandar Limbang saya menghubungi Zambri semula untuk menyatakan hasrat hendak masuk ke Brunei pada hari itu juga iaitu selepas Asar.

Seperti yang dirancang dari Masjid Baitul Iman Daerah Limbang, saya ditemai Zambri bergerak ke Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam, perjalanan diiringi dengan cuaca yang cukup baik. Perjalanan kami menuju ke Bandar Seri Begawan perlu melalui Pos Imigresen Tedungan Sarawak dan akhirnya Pos Kawalan Kuala Lurah Brunei Darussalam. 


Perjalanan menuju ke Bandar Seri Begawan

Sebelum memasuk Pos Kawalan Kuala Lurah Brunei Darussalam
Kira-kira pukul 5.30 petang kami berdua sampai di Bandar Seri begawan dan sempat melawat beberapa lokasi yang menjadi mercu tanda Brunei. Bagaimanapun gambar2 still yang dirakam sedihnya terdelete dari telefon pintar saya akibat kerja-kerja pembersihan telefon dilakukan semasa menukar telefon baru (pilu sadisss).

Selepas bersama-sama Zambri melawat beberapa mercu tanda di Bandar Seri Begawan, selepas isyak kami bergerak balik ke Limbang. dan pada malam itu saya bermalam di Bandar Limbang Sarawak bukannya di Bandar seri Begawan Brunei Darussalam





di hadapan pejabat Radio Televisyen Brunei 















 HARI KE-2


TEPAT jam 1737hrs 1 Sept 2019, Misi Ride Solo KK - BRUNEI - KK selesai dengan jarak perjalanan 728.5 kilometer. Jarak ini sebenarnya lebih dekat berbanding Ride Solo "020" (zero to zero kilometer) yang pernah saya buat bersempena sambutan Hari RTM 2016 (Mengelilingi Semenanjung Malaysia).


Selamat sampai di Masjid At-Taqwa KKMM Kota Kinabalu Sabah selepas ride solo 728.5 kilometer KK - BSB - KK

Jelajah solo itu membabitkan perjalanan lebih 1,200 kilometer dengan laluan  semua negeri di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 48 jam. Jam 0847hrs mula bergerak dari Limbang untuk pulang semula ke Kota Kinabalu. Melalui jalan yang sama seperti yang diceritakan saya sampai di Pos Imigresen dan Kastam (CIQ) Panderuan (Limbang, Sarawak) kemudiannya CIQ Ujung Jalan (Brunei).

Selesai urusan cop pasport saya meneruskan perjalanan ke Bangar dan sahabat lama Zambri dah sedia menunggu di batu penanda 0km Bangar. Sarapan mee goreng mamak dulu di Pekan Bangar, kemudiannya merakam foto kenangan di sekitar pekan Bangar.

Alhamdulillah, selepas Zambri membayar harga sarapan dia bagi saya note 1 ringgit Brunei utk kenangan. Saya pun tak tukar langsung duit ringgit Brunei untuk Ride solo ni.
Kemudian saya teruskan tunggangan siput putih biru dengan mengekori BMW Zambri menuju ke tempat dia bekerja.

Di sini Zambri memberi sedikit penerangan mengenai tugas beliau. Bangga betul saya dengan sahabat ni, dia adalah salah seorang pegawai yang bertanggungjawab dalam pembinaan jambatan terpanjang di Asia Tenggara (Jambatan Temburong - Bandar Seri Begawan).

Cukup teliti kerja2 yang dibuat oleh pekerja pembinaan jambatan ini. Apabila siap jambatan ini nanti, perjalanan dari Lawas ke Bandar Seri Begawan tidak perlu lagi melalui 6 CIQ Malaysia & Brunei dan masa perjalanan juga dapat dijimatkan sehingga 90 minit.

Baiklah, selesai cerita jambatan, sebelum berangkat balik ke KK, Zambri dan rakannya En Razali (orang PD) sempat bawa saya makan tengahari di sebuah hotel di pekan Bangar. Nasi kambing black paper dan  nasi goreng corn beef (dicadangkan oleh Zalila kawan group whatsap Sekolah Teknik), menjadi hidangan makan tengahari.

Alhamdulillah, selesai makan tengahari, kembali semula ke pejabat Zambri untuk saya mengambil siput putih biru bagi meneruskan perjalanan balik.




Berikut panduan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam (melalui Pos Kawalan Imigresen dan Kastam)

Kota Kinabalu ke  #1[Pos Imigresen Sindumin - Merapok] ke #2[Pos Imigresen Mengkalap Sarawak] ke #3[Pos kawalan Labu Temburung, Brunei] ke #4[Kompleks kawalan dan pemeriksaan Ujung Jalan Temburung Brunei] ke #5[Pos kawalan Imigresen Pandaruan Limbang Sarawak] ke #6[Pos Imigresen Tedungan Sarawak] ke #7[Pos kawalan Imigresen Kuala Lurah Brunei Darussalam]

Catatan komunukasi antara saya dengan Zambri sebelum kami bertemu di Pos Kawalan Panderuan

-Trus k mengkalap ciq(kluar msia)
-terus k ciq labu(masuk brunei Temburung)
-lps 20kmdi kiri akn jumpa taman rekrasi bukit patoi.
-600m lps tu sebelah kanan ada pagar biru..jambatan brunei tmpat sya kerja.
-16km pastu jumpa pekan bangar.
-5km pastu jumpa ciq ujung jalan(kluar brunei)
-last cop d ciq penderuan(masuk msia limbang)..saya tunggu d sana.





ihs.Travelog

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JERITAN BATIN ORANG LUGU