WAKID BERDARAH - BUAT SUSAH HARGA CIPUT


Hendry pembuat wakid Kg Sunsuron Tambunan

DARAH tak henti henti mengalir pada jari Hendry, dia terpaksa menghisap darah yang terus menyembur keluar itu dengan mulutnya supaya segera kering.

Luka pada jari hendry berpunca semasa dia membelah sebatang buluh untuk dibentuk menjadi wakid, kerjanya itu terpaksa dihentikan seketika hinggalah darah kering.

ikuti link ini untuk menonton video wakid berdarah


Semasa ditanya, selalukah dia mengalami luka sewaktu membelah buluh atau menghaluskan buluh buluh yang diperolehi dari hutan untuk membuat wakid?. Beliau menjawab bukan lagi biasa tetapi acap kali.



Buluh adalah bahan asas untuk membuat wakid, selain itu rotan, kulit kayu dan pelepah pinang juga sumber alam yang diperlukan untuk menyiapkan wakid pelbagai saiz.

Hendry anak Ngali berusia 73 tahun etnik Iban kini menetap bersama sama suku kaum Kadazan Dusun di Kampung Sunsuron Tambunan mahir membuat wakid tetapi tak mampu mengelak cedera di jari setiap kali membuat wakid.

Industri pembuatan wakid ini diwarisi turun temurun kebanyakan suku kaun Kadazan Dusun di negeri Sabah ini. Dari saiz kecil hinggalah saiz besar boleh dilihat.



Jika anda ke Tambunan, anda boleh singgah di Kampung Sunsuron untuk melihat bagaimana penduduk kampung membuat wakid. saya sendiri berpeluang melihat kerja kerja membuat wakid ini melalui informasi oleh Pejabat Daerah Tambunan dan Persatuan Pelancongan Tambunan (TATA).

Percaya atau tidak untuk membuat wakid yang sempurna perlu mengambil masa antara satu hingga dua bulan. Proses kerjanya amat rumit dan memerlukan kesabaran.


Bermula dengan ke hutan mencari buluh dan rotan, kemudian kerja2 membelah meluruh dan membersihkan buluh dibuat. Hendak membelah buluh juga memerlukan ketelitian dan fokus. Jika tidak berhati hati boleh boleh terbelah terus.

Apabila wakid sudah dibentuk, sekali lagi Hendry ke hutan untuk mencari kulit kayu, hendak mengambil kulit kayu perlu masa yang sesuai bagi mengelakkan kulit kayu melekat pada pokok.

Video ini menceritakan bagaimana cara membuat wakid.

Bagaimanapun, harga yang dibayar kepada pembuat wakid tidak berbaloi dengan kerja yang dilakukan, mereka hanya memperolehi antara RM30 hingga RM50 bagi satu wakid yang perlu dibuat dalam tempoh sebulan atau lebih.

Kadang2 orang tengah mengambil kesempatan menjual wakid kepada pelancong dengan harga yang sangat tinggi antara RM200 - RM300 sedangkan pembuat wakid dibayar ciput.


Ingatlah... jangan mengeksploitasi pembuat wakid, mereka berhempas pulas dalam proses pembikinan, keluar masuk hutan, gatal badan dek miang buluh, luka jari dek selumbar rotan dan tajam buluh, namun bagi penbuat wakid, biarpun parah, luka jari jemari demi menyiapkan wakid berdarah.

- idzham hadi sidik - 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JERITAN BATIN ORANG LUGU