KONVOI motosikal dan kereta mula dibenarkan aktivitinya di seluruh negara, kesempatan ini digunakan dan saya memilih untuk menunggang solo ke Kundasang.
Suboh di Kota Kinabalu pukul 4.49 pagi, selesai menunaikan kewajipan saya bersiap siap untuk memulakan ride bersama sama si Siput biru putih MCR7747.
5.55 pagi [13/6/2020] dari Universiti Utama Condominium (UUC) Telipok, enjin skuter dihidupkan dan perjalanan saya bermula melalui Jalan Telipok - Tamparuli - Ranau.
Cuaca cukup baik pagi ini, sebaik memasuki laluan Telipok - Tamparuli kelibat Gunung Kinabalu jelas kelihatan dan pemandangan cukup cantik.
Oleh kerana awal bergerak ke Kundasang, banyak lokasi boleh disinggahi untuk bergambar supaya menjadi panduan kepada anda yang bakal melancong ke Sabah.
Selepas merakam gambar di jambatan gantung Tamparuli, perjalanan diteruskan melalui laluan Tamparuli - Ranau, keadaan trafik selesa kerana masih belum ada bas persiaran atau van pelancongan yang biasanya membawa pelancong ke Kundasang seawal jam 6.00 pagi.
Sejam menunggang, berhenti pula di kampung Kaung Lapai Batu 19 (Perrangi view point). Cantik pemandangan Gunung Kinabalu di sini, selain itu boleh ke tandas atau singgah untuk membeli kudapan buat bekalan ke Kundasang berbaki 45 minit lagi.
Sekarang baru pukul 6.37 pagi, masih banyak waktu untuk saya singgah di beberapa lokasi lain untuk melihat pemandangan gunung Kinabalu yang cantik ketika cuaca baik ini, antara lokasinya ialah Pekan Nabalu Dan simpang Bundu Tuhan
Sebelum Pekan Nabalu, ada satu lokasi iaitu Peropok View yang ada gerai kraftangan seperti wakid, sumpitan, gong dan bubu.
Di Pekan Nabalu ketika ini masih banyak gerai yang belum dibuka. Ada juga pita larangan masuk masih dipasang dan kawan bergambar di Pekan Nabalu Masih ditutup
Simpang Bundu Tuhan dengan Kundasang jaraknya hanya 10km, menunggang santai sambil menghirup udara segar sepanjang perjalanan mengakhiri ride saya di Bulatan kobis Kundasang pada pukul 7.13 pagi.
Kelihatan ramai juga pelancong yang berkunjung ke Keningau ini, saya pasti mereka adalah warga Sabah atau mereka yang bermastautin di negeri ini.
Seperti yang dijanjikan dengan En Azizul pengusaha Midori Homestay, saya terus saja ke Mesilou.
Kira-kira 8.35 pagi Gunung Kinabalu yang sebelum ini menampakkan kelibatnya mula bersembunyi disebalik awan. Homestay Midori menjadi destinasi saya untuk melepaskan lelah sambil membersihkan diri. Cerita homestay ini akan ditulis Dalam episod lain.
Kundasang mula bangkit selepas sunyi dari kunjungan pelancong, anda di Sabah apa lagi, marilah melancong ke negeri sendiri.
- idzham Hadi sidik -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan