Memaparkan catatan dengan label DARI KOTA KINABALU KE SEMPORNA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DARI KOTA KINABALU KE SEMPORNA. Papar semua catatan

DARI KK TUJUAN SEMPORNA

PERJALANAN Kota Kinabalu ke Semporna mengikut Google map akan mengambil masa 8 jam 47 minit iaitu sejauh 565 kilometer.

5.45 pagi [24/6/2020] bersama sama tiga rakan sepejabat, perjalanan ke Semporna dari KK bermula untuk kerja kerja penggambaran dokumentari Rona Sabah.

Keadaan trafik agak selesa dari KK ke Tamparuli dan pendakian bermula dilaluan Tamparuli - Kundasang. Pemanduan agak perlahan berikutan terdapat lori membawa tiang konkrit turut menggunakan laluan yang sama.
Kundasang destinasi pertama yang ditujui. Pukul 7.25 pagi kami sampai di sini dan tugasan pertama merakam panorama Gunung Kinabalu serta gerai gerai jualan yang sudah mula beroperasi.

Sarapan bersama sama cikgu Jamili Napi (Penulis skrip Dokumentari Rona Sabah) di salah sebuah kedai makan di pekan Kundasang.
Di pekan Kundasang gerai jualan ada yang masih belum beroperasi manakala yang sudah mula berjualan memasarkan produk dengan harga berpatutan.

Seperti yang dijanjikan dengan rakan TBLF2019 (Shone, Kathie & Team) kami bertemu di kawasan parkir War Memorial Kundasang untuk sama sama bergerak ke Semporna.

Pukul 9.45 pagi dengan tiga kenderaan kami sama sama memulakan perjalanan Kundasang - Ranau - Semporna. Pada jam 11.35 pagi konvoi 3 kenderaan tiba di Telupid dan sejam selepas itu kami tiba di Kota Kinabatangan.
Dalam masa satu jam berhenti rehat di Kinabatangan, misi Sabahan Ronda Sabah mengisi perut dengan nasi kukus ayam berempah. Terdahulu selesaikan kewajipan di masjid daerah Kinabatangan.

Sesuatu yang menarik, sign board Masjid Daerah Kinabatangan terletak di luar masjid manakala jalan masuk ke masjid pula terletak di sebelah belakang jalan utama, ia agak mengelirukan

Perjalanan diteruskan menuju destinasi, sebelum memasuki sempadan Lahad Datu hujan turun dan pemanduan dilakukan secara berhati hati.

Dari Kinabatangan ke Lahad Datu beberapa destinasi pelancongan kami lalu, antaranya Sukau, Gua Batu Tulog, Batu Putih, homestay Kopel, Pusat Penyelidikan Danau Girang, kawasan hidupan liar seperti gajah pigmy, buaya, orang hutan dan monyet Belanda atau Bayau.
Pukul 4.15 petang kami sampai di Bandar Lahad Datu. Antara destinasi pelancongan di sini termasuklah Lembah Danum, Menara Kayangan, Tg Atiam (titik paling Timur Malaysia), kesan serangan pengganas Sulu Tanduo dan Bandar Tawau.

Dari Lahad Datu kami menuju ke Semporna melalui Kunak. Kawasan Kunak dikaitkan sebagai pusat gempa kerana sering berlaku gempa bumi diperairan Kunak. Pukul 5.25 petang konvoi melepasi Pekan Kunak.
Menuju ke destinasi kami menggunakan laluan baru Kunak - Semporna. Pukul 7.25 petang akhirnya Kami tiba di Seafest Hotel Semporna untuk berehat dan bermalam.
Catatan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Semporna menggunakan jalan Raya boleh dijadikan sebagai panduan buat kawan kawan yang berhajat untuk bercuti di Semporna. Bukan 8 jam tetapi 13 jam 25 minit perjalanan keseluruhan termasuk berhenti rehat, makan dan mengisi bahan bakar kenderaan.

- idzham Hadi sidik





JERITAN BATIN ORANG LUGU