20 TAHUN usia Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang ditubuhkan hasil daripada resolusi Konvensyen DMDI pertama pimpinan YBhg Tan Sri Dr. HJ Mohd Ali Bin Hj Mohd. Rustam selaku Presiden DMDI.
[4/6/20 - 0638hrs]
Hari ini 4 Jun 2020, semua anggota DMDI seluruh dunia berdoa kehadrat ilahi memohon majlis yang dirancang melibatkan Tan Sri Mohd Ali berjalan lancar dan dipermudahkan.
InshaAllah Tan Sri Mohd Ali akan menjadi anak jati negeri Melaka pertama dilantik sebagai sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7.
Dipetik dari Harian Metro [3/6/2020 - Amir Mamat]
Tan Sri Mohd Ali dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 4 Jun 2020 (Khamis) untuk menerima Surat Cara Pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ketujuh.
Istiadat pengurniaan berkenaan akan berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 2 petang.
Sumber memaklumkan, istiadat berkenaan akan berlangsung secara ringkas dengan hanya dihadiri beberapa pemimpin negara dan negeri termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ketujuh akan diadakan di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, pada 10 pagi, Jumaat ini (5 Jun 2020) di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin.
Sebelum ini, spekulasi yang mengaitkan nama Mohd Ali untuk menjadi anak Melaka pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri ketujuh, bertiup kencang khususnya di media sosial dan portal berita bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.