Memaparkan catatan dengan label JUALAN JUJUR - IDZHAM HADI SIDIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JUALAN JUJUR - IDZHAM HADI SIDIK. Papar semua catatan

JUALAN JUJUR

JUJUR... ini adalah konsep jualan yang diamalkan oleh penduduk kampung Tagudon Penampang kira kira 30 kilometer dari Tambunan.

Jika anda menggunakan laluan Penampang - Tambunan - Penampang pasti anda akan nampak gerai jualan tanpa peniaga tetapi penuh dengan hasil pertanian yang segar.
Antara hasil pertanian itu termasuklah pisang, bunga kantan, bawang losun, kuchai, lada, ubi kayu yang sememannya baru sahaja dituai oleh petani tempatan.

Hasil pertanian dibiarkan di atas para sulap (pondok) tanpa perlu diawasi oleh peniaga.
Ada disediakan tabung untuk anda membayar harga hasil pertanian ini, nilainya seperti yang dicatatkan pada kertas keras.

Jika anda berminat membeli salah satu produk di pondok pondok kejujuran ini, silakan tapi pastikan anda jujur untuk membayar harganya seperti yang ditulis.

Anda boleh saja mengambil hasil pertanian ini dan berlalu pergi tanpa membayar kerana tiada siapa yg memantau anda di situ.
Tapi harus ingat, hasil pertanian yang anda akan makan itu pastinya menjadi darah daging sendiri, oleh itu jujurlah pada diri sendiri.

Memanglah tidak ada sesiapa yang nampak perbuatan anda tidak membayar tetapi Allah ada tanpa tempat memerhati dan menilai kejujuran anda.
- idzham hadi sidik -

 

JERITAN BATIN ORANG LUGU