PULAU PULAU di sekitar Semporna masih sepi dengan kehadiran pelancong luar negara, jadi inilah masanya yang sesuai Sabahan serta penduduk tempatan merancakkan pusat pelancongan berasaskan laut ini.
Pulau sekitar Semporna masih sepi daripada pelancong |
Sewa sahaja bot di jeti pelancongan Semporna anda boleh memilih mahu ke Pulau Mabul, Pulau Sibuan, Pulau Sipadan, Pulau Mataking dan serta perairan Semporna yang menyediakan pemandangan serta pelbagai aktiviti laut.
Hari ini [26 Jun 2020] pukul 9 pagi saya bersama sama rakan Sabahan, Shone, Kathie, Luther Fung, Mel, Jonathan Lee, Andrew mempunyai misi menaikkan hidupan laut di sekitar perairan Pulau Mataking.
Peraturan yang ditetapkan kami patuhi termasuk melaporkan kegiatan ini kepada pihak berkuasa selain mematuhi Prosedur Operasi tetap (SOP) pencegahan wabak pendamik covid-19.
Dua bot digunakan dalam misi ini, lebih kuran sejam perjalanan bot meredah perairan Semporna kami sampai di depan Pulau Pom Pom, aktiviti memancing pun bermula.
Bagi saya yang tak pandai memancing, kesempatan ini digunakan untuk aktiviti skuba di perairan tersebut yang sangat cantik, airnya sungguh jernih hingga boleh nampak ikan dari atas bot.
Rakan rakan yang lain meneruskan aktiviti mereka dan menjelang jam 12 tengahari saya serta tiga lagi rakan yang menaiki bot berasingan berlabuh di Pulau Mataking.
Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, kami singgah untuk sama-sama menunaikan kewajipan terlebih dahulu sementara menanti rakan-rakan pancing berlabuh di Pulau Mataking bersama-sama hasil tangkapan.
Kira-kira jam 1 tengahari mereka pun sampai, alhamdulillah hasil tangkapan sangat memuaskan untuk sessi pertama, boleh dikatakan semua berjaya menaikkan ikan kecuali Andrew (asyik kena bahan).
Sebaik sahaja tiba, tiga ekor ikan disiang untuk dimasak buat makan tengahari. Shone dan Luther mengambil tugas menyiang ikan ikan tersebut manaka Kathie sibur menyiapkan bahan bahan bagi memasak.
Resepi yang "simple" tapi amat menyelerakan, tanpa menggunakan minyak masak, bawang besar, halia, serai bahan beberapa rencah lain direbus sebelum isi isi ikan yang sudah dipotong tadi dimasukkan ke dalam periuk untuk dijadikan sup "Mataking".
Ditambah pula dengan cecah potongan lada dan kicap serta bawang putih, sangat menyelerakan untuk makan tengahari bersama-sama di Pulau Mataking kira-kira 1 jam setengah perjalanan dari pekan Semporna.
Kathie (Happy Place Restoran) sibuk menyiapkan sup ikan Mataking |
inilah hidangan makan tengahari di Pulau Mataking |
Selesai makan tengahari, hujan lebat kami mengambil keputusan untuk pulang ke Semporna manakala Shone, Kathie, Luther, Andrew, Jonathan dan Mel meneruskan aktiviti memancing bersama pemandu bot mereka.
Kami bersama sama pemandu bot Hasbi meredah hujan dan kira-kira jam 4.30 petang kami selamat mendarat di jeti Seafest Semporna dalam keadaan basah kuyup.
Catatan hari ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada rakan rakan untuk melancong ke Semporna dan melakukan aktiviti yang digemari dengan selesa dan mendapatkan harga patut daripada pengusaha hotel serta agensi pelancongan.
- idzham hadi sidik -