KENINGAU - DI SINI SEJARAH MALAYSIA


KENINGAU, BANDAR PEDALAMAN

KEDATANGAN anda ke negeri di bawah bayu Sabah, diibaratkan sebagai "rugi" sekiranya daerah Keningau tidak anda kunjungi.

Keningau sebuah bandar di kawasan pedalaman cukup kaya dengan keindahan alam semulajadi, cuaca yang dingin malah menyimpan kesan sejarah negara yang cukup bermakna.   

SIMPANG KE KENINGAU DI PAPAR

Dari Kota Kinabalu perjalanan ke Keningau akan mengambil masa antara 2 jam ke 2 jam 30 minit bergantung kepada pemanduan dan keadaan trafik semasa.

Laluan berbukit ke Keningau akan bermula selepas Kimanis, bagaimanapun jalan raya ini lebar dan mempunyai laluan memotong terutamanya di kawasan cerun.

Pemandangan yang cukup indah melalui Kimanis ke Keningau

Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau, anda akan disajikan dengan pemandangan yang indah, Banjaran Crocker yang kaya dengan kehijauan, bukit bukau dan gunung ganang pastinya menjadi tumpuan anda.  

Keningau dan sejarah Malaysia memang tidak boleh dipisahkan, di sinilah lokasi terakhir dan sinilah juga persetujuan dicapai untuk Sabah bersama sama membentuk Malaysia pada 1963.

Rumah Orang Kaya Kaya (OKK) Sodomon di Keningau ada cerita tersurat dan tersirat, di sinilah berlangsungnya perbincangan antara Allahyarham Tun Abdul Razak dengan pemimpin tempatan berkaita pembentukan Malaysia.

Apabila persetujuan membentuk Malaysia dicapai di rumah OKK Sodomon ini maka beberapa syarat telah dirangka dan dibuat sebelum pembentukan Malaysia.

Rumah OKK Sodomon di Keningau
                     

                                 

                                

                                

Kesan peluru akibat tembakan oleh tentera Jepun
                               

Persetujuan itu diabadikan pada sebuah batu yang dinamakan sebagai Batu Sumpah Keningau, ia telah 3 kali dipindahkan dari lokasi asal dan kini Batu Sumpah dilatakkan berhapiran Muzium Warisan Keningau.

Batu sumpah Keningau kini ditempatkan di perkarangan Muzium Warisan Keningau


                                       



Batu sumpah dipindahkan dari Pejabat Daerah Keningau ke perkarangan muzium








Berkesempatan melihat sendiri proses pemindahan Batu Sumpah dan ritual yang dilakukan oleh penduduk tempatan


Luangkan masa anda untuk berkunjung ke Keningau, hanya 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu, apabila ke Sabah janganlah hanya set fikiran anda ke destinasi pelancongan yang biasa menjadi tumpuan.

Anda perlu lakukan perubahan, anda perlu mencari destinasi baharu yang kurang dikunjungi tetapi mempunyai nilai yang sangat tinggi untuk disinggahi dan dilawati.

Janganlah ke Sabah balik balik ke situ sahaja, asyik asyik gambar itu sahaja, gambar yang orang lain sudah ada, gambar yang orang lain sudah tiba, anda kena buktikan kepada orang ramai Sabah kaya dengan destinasi pelancongan yang pelbagai.

Biar mereka tertanya tanya, biar mereka kata "adushhh rugi aku tak pergi sini" Biar mereka rasa terkilan dengan menyebut "eh, ada yea tempat ni di Sabah, alahhh ruginya tak pergi". semuanya anda perlu mulakan.  

- idzham hadi sidik - 
  




  

KITA RONDA SABAH

Lebih banyak penerbangan domestik ke Sabah akan beroperasi

PELANCONGAN domestik yang dibuka semula memberi nafas baharu kepada semua yang terlibat dalam industri ini yang terjejas teruk akibat pendemik covid-19 sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun, industri yang telah dibenarkan untuk beroperasi ini perlu dirancakkan sendiri oleh anak jati negeri masing-masing atau mereka yang bermastautin di negeri itu tanpa mengharapkan pelancong luar.

Ini disebabkan masih ramai yang fobia untuk berjalan jalan kesan covid-19, malah ramai di kalangan masyarakat yang mahu membina semula ekonomi masing-masing terlebih dahulu sebelum melancong.

Justeru, warga Sabah marilah melancong dalam negeri untuk membantu rakan rakan kita yang selama ini terjejas pendapatan mereka akibat ketiadaan pelancong sejak Januari lalu.
Kundasang dijangka mula dibanjiri pelancong tempatan mulai Sabtu ini [13/6/2020]

Sabahan ronda Sabah..., oleh kerana saya bertugas di negeri di bawah Bayu, maka saya juga mengambil kesempatan untuk berjalan jalan ke seluruh pelusuk Sabah bagi membangkitkan semula industri pelancongan negeri ini.

Bangkit pelancongan Sabah, permulaan ini saya memilih ronda2 secara pusingan merentas banjaran Crocker, dari Kota Kinabalu ke Tambunan kemudian ke Ranau seterusnya ke Kundasang selepas itu ke Mesilaou dan berpatah balik semula ke Kota Kinabalu.

kalau buka kita siapa lagi... mari kita meriahkan industri pelancongan Sabah

Perjalanan ini kita boleh buat dalam tempoh setengah hari saja. Dari Kota Kinabalu terus ikut jalan Penampang - Tambunan, ia akan mengambil masa lebih kuran sejam setengah ke dua jam sahaja.

Dalam perjalanan ini boleh singgah di Gunung Alab, di sini ada satu perhentian dan kita boleh berhenti untuk ke tandas. Masuk tandas bayar 30 sen, ini salah satu sumbangan kita menjana semula pendapatan mereka.

Ada peniaga menjual makanan dan barangan keperluan seperti beg galas dan lain-lain, peruntukannlah antara RM10 ke RM20 untuk membeli barangan yang dijual, di sini kita sekali lagi telah menyumbang pendapatan untuk peniaga di situ.

Jalan Penampang - Tambunan

Hentian Gunung Alab

Boleh singgah di sini untuk ke tandas dan merasai kesejukkan air bukit

Perjalanan diteruskan menuju ke pekan Tambunan, kira-kira 3 kilometer dari hentian Gunung Alab, bolehlah singgah untuk bergambar di pintu masuk air terjun Masakob.

Ketika melalui jalan ini pada 11/6/2020 pintu masuk tutup 

sesuai untuk bergambar

banyak lokasi pelancongan menarik di Sabah bukan hanya Ranau dan Kundasang saja

Apabila sampai ke bulatan halia, ini bermakna sudah menghampiri pekan Tambunan jika ambil no9 kita akan ke jalan Tambunan - Ranau, oleh itu kita ambil no3 dulu untuk singgah di pekan Tambunan.

Dari bulatan halia kita akan melalui Tugu Peringatan Mat Saleh (Pahlawan Sabah) dan kita juga akan dapat melihat kampung tradisi di kiri kanan jalan. Sawah padi yang menghijau (jika musim padi) juga dapat kita saksikan. Seronok jalan jalan Sabah semasa laluan masih belum sesak ni.

bulatan halia

halia menjadi ikon pertanian Tambunan


Tugu Peringatan Mat Salleh


Lebih kurang 10 minit dari Tugu Peringatan Mat Salleh, kita akan sampai di pekan Tambunan. Singgahlah di pekan ini untuk menikmati makan tengahari di beberapa restoran yang terdapat di pekan itu, pilihlah. Dengan menjamu selera di pekan Tambunan anda kini telah menjadi penyumbang kepada ekonomi peniaga di situ. 

Besarnya perana anda sebagai anak jati Sabah untuk membantu saudara mara dan rakan taulan anda yang berusaha untuk bangkit selepas sekian lama menutup perniagaan bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian covid-19.

bulatan sompoton di pekan Tambunan

Dari Tambunan, untuk balik ke KK boleh pilih sama ada kita hendak melalui jalan Keningau atau jalan Ranau, Kundasang. Saya membuat keputusan untuk lalu jalan Tambunan - Ranau, jaraknya 65 kilometer.

Sepanjang perjalanan dari Tambunan ke Ranau, saya melalui simpang ke air terjun Ma Hua selain melihat sendiri pemandangan Gunung Kinabalu dari beberapa lokasi. sangat cantik kerana ia dari sudut pandangan yang berbeza. Terdapat tujuh sudut pandangan Gunung Kinabalu [rujuk dokumentari Rona Sabah episod "Tujuh Kinabalu")

Gunung Kinabalu dilihat dari Jalan Tambunan - Ranau
 
simpang masuk ke air terjun Mahua



pemandangan air terjun Mahua

Selepas menempuh perjalanan selama 55 minit saya tiba di pekan Ranau, sepanjang perjalanan dari Tambunan keadaan trafik masih lenggang dan selesa. Terdapat juga beberapa laluan berturap yang rosak dan sedang diperbaiki.

Dari Ranau terus menuju ke Kundasang dan destinasi ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia menjadi lokasi wajib bagi setiap pelancong yang datang ke Sabah, Kundasang pastinya tersenarai sebagai lokasi utama.
Pekan Ranau
Kundasang


Kundasang tumpuan pelancong

Sebaik tiba di Kundasang, perjalanan saya teruskan ke Kg Mesilou, saya singgah di Homestay Midori selepas berhubung dengan Pengurusnya En Azizul. (Kisah homestay ini akan diceritakan kemudian).

Sempat juga singgah di kawasan projek aquafarm yang diusahakan oleh En Azizul, projek tanaman sayur yang menggabungkan ternakan ikan (saya cerita kemudian).






Sayur sayuran ditanam En Azizul menggunakan teknologi Jepun yang telah diubahsuai

Dari Mesilou berpatah balik ke Kundasang dan perjalanan balik ke Kota Kinabalu melalui jalan Kundasang - Tamparuli, seperti biasa jalan ini akan melalui Pekan Nabalu dan simpang Bundu Tuhan.

Secara keseluruhan perjalanan ronda ronda bersantai "Sabahan ronda Sabah" yang melibatkan laluan KK - Tambunan - Ranau - Kundasang - Mesilou - KK ini hanya mengambil masa 10 jam.

Pekan Nabalu salah satu destinasi yang wajib singgah sebelum sampai Kundasang

Bahan bakar yang digunakan sekitar RM30 dan perbelanjaan keseluruhan termasuk makan dan minum serta membeli beberapa cendehahati atau kudapan hanya melibatkan RM60 - RM80 untuk dua orang. 

Yang penting, sebagai orang Sabah atau orang yang bermastautin di Sabah anda telah menjadi salah seorang penyumbang ekonomi untuk pelancongan Sabah bangkit kembali.

- idzham hadi sidik -  
  

  

DURIAN - kaya dengan perumpamaan

DURIAN digelar sebagai raja buah, bagi yang menggemarinya pasti akan mencari apabila tiba musim untuk menikmatinya.

Pelbagai jenis durian ketika ini, hasil ditanam secara kacukan, dulu2 hanya durian kampung saja, dan yang cukup aku ingat "durian pelanto" sbb masa tanam durian tu disemai dengan membaling bijinya dari palantar rumah.
Sekarang durian pelanto di Kg Balik Bukit Chohong ini dah tiada sebab mati akibat kena panah petir.

Durian ada yang rasanya manis, ada pahit, ada lemak manis, citarasa orang ramai juga berlainan antara satu sama lain.

Dulu sekitar tahun 80an, paling mahal saya jual durian sekitar RM5 sekilo, itupun masa durian baru gugur, kalau dah hujung2 harganya 50sen je sekilo.

Durian ini banyak perumpamaannya, orang boleh kaitkan durian dengan kisah hidup, durian diibaratkan sebagai rencah kehidupan, buah ini juga sering dijadikan contoh setiap kenikmatan itu perlu melalui keperitan.
Tak kurang pula mengaitkan kisah durian ini dengan cerita jodoh dan kejayaan dalam bidang perniagaan. Malah ada juga yang menyamakan durian dengan kisah bijak memilih serta jangan lihat luaran tetapi selami dalaman.

Durian... Bukan sekadar buah, kalau harganya teramat mahal, sabarlah usaha dan cari lagi di tempat lain.
Yang menjual durian jangan terlalu Mahal, patut patutlah, kiralah harga kos menanam, menyelenggara, membaja, meracun, tak perlu untung berganda ganda, sedekah lebih mulia pastinya rezeki berlipat Ganda.

JERITAN BATIN ORANG LUGU