PEK MAKANAN UNTUK PENDUDUK PULAU GAYA

Menghantar pek makanan kepada penduduk di Pulau gaya
Misi kemanusiaan Pulau Gaya

ISLAMIC AID MALAYSIA

PROGRAM                  : Bantuan Kemanusiaan (food pack)

TARIKH                        : 21 Julai 2020 (Selasa)

TEMPAT                      : Pulau Gaya Kota Kinabalu

MASA                          : 1 – 3 petang

PENGANGKUTAN      : Bot (Jeti Pasar KK - Jeti Pulau Gaya) 10 minit

SUKARELAWAN         :  1. Idzham Hadi Sidik

                                        2. Arman Marcelus 

                                        3. Aida Angelus 

Bertindak atas maklumat yang diterima daripada Puan Norbadariah (Penduduk Pulau Gaya Sabah). Melalui Presdien Islamic Aid Malaysia Tuan Zawahir Abdullah, satu tinjauan telah dilakukan dan mendapati apa yang diinformasikan oleh Puan Norbadariah adalah benar.

Ada dikalangan penduduk yang tinggal di rumah usang. Keadaan rumah binaan di atas air yang tidak kukuh seperti tiang kayu yang kelihatan reput, lantai kayu pada rumah kelihatan berlubang lubang dan tidak selamat, dinding dibina dengan papan plywood dan kelihatan mula mereput.

Dalam tinjauan awal, sebanyak 15 pek makanan (beras, gula, garam, tepong, minyak masak, biskut, mee segera dan bihon telah pun diserahkan kepada penduduk kampung yang sudah dikenalpasti oleh Puan Norbadariah.


















GEMPA BUMI SEDERHANA DI KUDAT

GEMPA BUMI sederhana magnitud 4.7 berlaku di Kudat, Sabah, pada 9.58 pagi ini [30/6/2020]

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran terletak pada koordinat 6.92 darjah utara dan 116.37 timur dengan kedalaman 629 kilometer (km), kira-kira 47 km barat Kudat.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

PULAU SEPI TAPI INDAH BERSERI, HASIL LAUT SUMBER REZEKI DI SEMPORNA


Misi memancing di Semporna


PULAU PULAU di sekitar Semporna masih sepi dengan kehadiran pelancong luar negara, jadi inilah masanya yang sesuai Sabahan serta penduduk tempatan merancakkan pusat pelancongan berasaskan laut ini.



Pulau sekitar Semporna masih sepi daripada pelancong

Sewa sahaja bot di jeti pelancongan Semporna anda boleh memilih mahu ke Pulau Mabul, Pulau Sibuan, Pulau Sipadan, Pulau Mataking dan serta perairan Semporna yang menyediakan pemandangan serta pelbagai aktiviti laut.


Bot pelancong masih belum beroperasi berikutan ketiadaan pelancong

Hari ini [26 Jun 2020] pukul 9 pagi saya bersama sama rakan Sabahan, Shone, Kathie, Luther Fung, Mel, Jonathan Lee, Andrew mempunyai misi menaikkan hidupan laut di sekitar perairan Pulau Mataking. 

Peraturan yang ditetapkan kami patuhi termasuk melaporkan kegiatan ini kepada pihak berkuasa selain mematuhi Prosedur Operasi tetap (SOP) pencegahan wabak pendamik covid-19.

Dua bot digunakan dalam misi ini, lebih kuran sejam perjalanan bot meredah perairan Semporna kami sampai di depan Pulau Pom Pom, aktiviti memancing pun bermula.



aktiviti memancing di Perairan Pulau Mataking


Kejernihan air laut di Semporna amat mempersonakan

Bagi saya yang tak pandai memancing, kesempatan ini digunakan untuk aktiviti skuba di perairan tersebut yang sangat cantik, airnya sungguh jernih hingga boleh nampak ikan dari atas bot.





Rakan rakan yang lain meneruskan aktiviti mereka dan menjelang jam 12 tengahari saya serta tiga lagi rakan yang menaiki bot berasingan berlabuh di Pulau Mataking.

Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, kami singgah untuk sama-sama menunaikan kewajipan terlebih dahulu sementara menanti rakan-rakan pancing berlabuh di Pulau Mataking bersama-sama hasil tangkapan.

Kira-kira jam 1 tengahari mereka pun sampai, alhamdulillah hasil tangkapan sangat memuaskan untuk sessi pertama, boleh dikatakan semua berjaya menaikkan ikan kecuali Andrew (asyik kena bahan).

Sebaik sahaja tiba, tiga ekor ikan disiang untuk dimasak buat makan tengahari. Shone dan Luther mengambil tugas menyiang ikan ikan tersebut manaka Kathie sibur menyiapkan bahan bahan bagi memasak.

ini antara hasil pancing rakan2, saya tumpang bergambar sahaja



Shone & Luther gigih menyiang ikan





Resepi yang "simple" tapi amat menyelerakan, tanpa menggunakan minyak masak, bawang besar, halia, serai bahan beberapa rencah lain direbus sebelum isi isi ikan yang sudah dipotong tadi dimasukkan ke dalam periuk untuk dijadikan sup "Mataking".

Ditambah pula dengan cecah potongan lada dan kicap serta bawang putih, sangat menyelerakan untuk makan tengahari bersama-sama di Pulau Mataking kira-kira 1 jam setengah perjalanan dari pekan Semporna.


Kathie (Happy Place Restoran) sibuk menyiapkan sup ikan Mataking



inilah hidangan makan tengahari di Pulau Mataking


Selesai makan tengahari, hujan lebat kami mengambil keputusan untuk pulang ke Semporna manakala Shone, Kathie, Luther, Andrew, Jonathan dan Mel meneruskan aktiviti memancing bersama pemandu bot mereka.

Kami bersama sama pemandu bot Hasbi meredah hujan dan kira-kira jam 4.30 petang kami selamat mendarat di jeti Seafest Semporna dalam keadaan basah kuyup.

Team Sabahan Ronda Sabah di Pulau Mataking

Catatan hari ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada rakan rakan untuk melancong ke Semporna dan melakukan aktiviti yang digemari dengan selesa dan mendapatkan harga patut daripada pengusaha hotel serta agensi pelancongan.

- idzham hadi sidik - 



IKAN MAKAN IKAN DI SEMPORNA SELEPAS PKP


Ikan besar boleh dilihat dek kejernihan air laut di Semporna

PERAIRAN Semporna yang "berehat" panjang semasa Perintah Kwalan Pergerakan (PKP) mempunyai hikmah yang sangat baik, air laut semakin jernih banyak hidupan liar dapat dilihat bukan sahaja oleh penyelam, malah dari permukaan air kita boleh saksikan ikan yang bersaiz besar sedang membaham ikan kecil yang dijadikan sebagai makanan.

Tak perlu jauh, di kawasan perairan Singahmata sahaja kita boleh saksikan aksi ikan ikan besar memakan ikan kecil yang dilepaskan. Ini bukti bahawa kejernihan air laut di Semporna semakin terserlah selepas PKP.

Aktiviti air termasuk selam skuba dan snorkeling juga sudah dibenarkan dan bagi penyelam inilah saat yang dinanti nantikan kerana sudah lama merindui kegiatan ini yang dihentikan akibat penularan wabak covid-19.


Aktiviti snorkeling di perairan Pulau Sibuan
Berkenalan dengan Pengarah Semporna Sea Sports & Tours Allister Lee, beliau kini sudah bersedia menerima semula pelancong tempatan terutamanya penyelam sudah telah merindui aktiviti ini.

Menurutnya, pelbagai pakej baharu telah disediakan untuk penyelam dan untuk mengetahuinya mereka boleh melayari laman web www.sipadanvacations.com atau menghubunginya di talian 012-8187844.

Selam skuba di perairan Semporna menjanjikan pemandangan dasar laut yang mengasyikkan

Kaum Palau' mencari rezeki dengan jualan hasi laut
Pulau tumpuan pelancong untuk melakukan aktiviti laut termasuklah Pulau Mabul, Sipadan, Pulau Mataking, Pulau Kapalai, Pulau Bohey Dulang, Pulau Pom-pom dan Pulau Sibuan.

Seperti catatan sebelum ini, sekarang adalah masa terbaik untuk melancong ke Semporna, Jika anda bercadang ke Pulau Sipadan untuk menyelam, masa terbaik untuk lawatan anda adalah sekitar April hingga Jun. Ini kerana pada bulan-bulan ini jarak penglihatan menyelam adalah sekitar 30m hingga 50m berbanding bulan-bulan lain hanya sekitar 20m sahaja. 

Seperkara lain, pada ketika ini iaitu dari bulan May hingga Ogos, kami amat bertuah kerana dapat melihat sendiri penyu-penyu di perairan semporna.

di tengah tengah perairan Sibuan ada tempat yang cetek


Pic Pejabat Daerah Semporna


Tentunya dengan catatan dan foto yang dilampirkan ini membuatkan anda teruja untuk ke Semporna, sama sama kita merancakkan lagi industri pelancongan negara dengan kita sendiri yang mengunjungi destinasi pelancongan di negeri dan negara sendiri.

- idzham hadi sidik - 

JERITAN BATIN ORANG LUGU