ASAL TAKDE AIR JE MESTI TMN SERI KEMENDOR

ASAL TAKDE AIR JE... MESTI TMN SERI KEMENDOR

                                                                                                                                           pic: mstar.com


Masalah air selalu berlaku di Taman Seri Kemendor - PIC utusan online


Bila kita komplen pasal takde air, pegawai dan kakitangan SAMB pasti ambil tindakan pantas.
Asal kita memekak je pasal air pasti ada pegawai dan kakitangan SAMB yang cepat cepat cakap "kami sedang berusaha sedaya upaya untuk atasi masalah ini".

Tiap kali kita komen pasal masalah air, ada pula pegawai SAMB yang ajak jumpa secara personel katanya nak terangkan secara "profesional" mengenai masalah air. 

Fuhhh... letih dah dengan penerangan pasal air ni, pengguna cuma nak bekalan air sentiasa ada. Kalau masalah gangguan air berlaku tiga bulan atau enam bulan sekali akibat masalah teknikal kita boleh terima tapi tiap kali masalah air berlaku tiap kali la Tmn Seri Kemendor yang terlibat.



"Pam Durian Tunggal Rosak" eh... Tmn Seri Kemendor juga yang takde air. "Tangki di Bukit Komeng bocor" eh... Tmn Seri Kemendor juga yang keputusan bekalan air, "Purata hujan rendah sejak akhir akhir ni" eh... yang tak de air Tmn Seri Kemendor jugak la. "Kemarau sekarang ni"... eh tak de air di Tmn Seri Kemendor juga ek.

Masalah gangguan bekalan air di Tmn Seri Kemendor bukan perkara baharu, ia sudah lama, "lama dah"... tetapi ia terus berulang dan berulang hingga penduduk sudah bosan dengan jawapan, penerangan dan alasan daripada SAMB, pemimpin setempat malah pucuk pimpinan negeri.

Ketua Menteri silih ganti, masing-masing semua sudah pernah memberi amaran, teguran dan arahan kepada SAMB supaya menyelesaikan masalah air di negeri ini termasuk di Taman Seri Kemendor.

Namun sudah memasuki tahun 2020 masalah air di Taman Seri Kemendor masih berterusan, ada penyelesaian tetapi ia berulang ulang.

"Kita dah hantar lori untuk penuhkan tangki di taman, air penuh nanti kita pam ke rumah rumah". "Kita dah rancang untuk buat ... tapi bajet tiada", "kita dah ganti tangki lama dengan tangki baharu, tapi tangki ini bla bla bla..." "pekerja saya (SAMDB) kerja sampai pukul 3-4 pagi, takde pun orang yang berterima kasih" eh banyak lagi la statment statment dari SAMB ni.

Apa sebenarnya masalah ketiadaan air atau sering berlaku gangguan bekalan air di Taman Seri Kemendor ni? Selalu sangat takde air. Berbanding dengan tempat lain contohnya di Kampung Chohong, dalam setahun nak jumpa sekali berlaku masalah gangguan belakan air pun susah.

Peribahasa moden
Asal takde air je... mesti taman seri kemendor



PEK MAKANAN UNTUK PENDUDUK PULAU GAYA

Menghantar pek makanan kepada penduduk di Pulau gaya
Misi kemanusiaan Pulau Gaya

ISLAMIC AID MALAYSIA

PROGRAM                  : Bantuan Kemanusiaan (food pack)

TARIKH                        : 21 Julai 2020 (Selasa)

TEMPAT                      : Pulau Gaya Kota Kinabalu

MASA                          : 1 – 3 petang

PENGANGKUTAN      : Bot (Jeti Pasar KK - Jeti Pulau Gaya) 10 minit

SUKARELAWAN         :  1. Idzham Hadi Sidik

                                        2. Arman Marcelus 

                                        3. Aida Angelus 

Bertindak atas maklumat yang diterima daripada Puan Norbadariah (Penduduk Pulau Gaya Sabah). Melalui Presdien Islamic Aid Malaysia Tuan Zawahir Abdullah, satu tinjauan telah dilakukan dan mendapati apa yang diinformasikan oleh Puan Norbadariah adalah benar.

Ada dikalangan penduduk yang tinggal di rumah usang. Keadaan rumah binaan di atas air yang tidak kukuh seperti tiang kayu yang kelihatan reput, lantai kayu pada rumah kelihatan berlubang lubang dan tidak selamat, dinding dibina dengan papan plywood dan kelihatan mula mereput.

Dalam tinjauan awal, sebanyak 15 pek makanan (beras, gula, garam, tepong, minyak masak, biskut, mee segera dan bihon telah pun diserahkan kepada penduduk kampung yang sudah dikenalpasti oleh Puan Norbadariah.


















GEMPA BUMI SEDERHANA DI KUDAT

GEMPA BUMI sederhana magnitud 4.7 berlaku di Kudat, Sabah, pada 9.58 pagi ini [30/6/2020]

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran terletak pada koordinat 6.92 darjah utara dan 116.37 timur dengan kedalaman 629 kilometer (km), kira-kira 47 km barat Kudat.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

PULAU SEPI TAPI INDAH BERSERI, HASIL LAUT SUMBER REZEKI DI SEMPORNA


Misi memancing di Semporna


PULAU PULAU di sekitar Semporna masih sepi dengan kehadiran pelancong luar negara, jadi inilah masanya yang sesuai Sabahan serta penduduk tempatan merancakkan pusat pelancongan berasaskan laut ini.



Pulau sekitar Semporna masih sepi daripada pelancong

Sewa sahaja bot di jeti pelancongan Semporna anda boleh memilih mahu ke Pulau Mabul, Pulau Sibuan, Pulau Sipadan, Pulau Mataking dan serta perairan Semporna yang menyediakan pemandangan serta pelbagai aktiviti laut.


Bot pelancong masih belum beroperasi berikutan ketiadaan pelancong

Hari ini [26 Jun 2020] pukul 9 pagi saya bersama sama rakan Sabahan, Shone, Kathie, Luther Fung, Mel, Jonathan Lee, Andrew mempunyai misi menaikkan hidupan laut di sekitar perairan Pulau Mataking. 

Peraturan yang ditetapkan kami patuhi termasuk melaporkan kegiatan ini kepada pihak berkuasa selain mematuhi Prosedur Operasi tetap (SOP) pencegahan wabak pendamik covid-19.

Dua bot digunakan dalam misi ini, lebih kuran sejam perjalanan bot meredah perairan Semporna kami sampai di depan Pulau Pom Pom, aktiviti memancing pun bermula.



aktiviti memancing di Perairan Pulau Mataking


Kejernihan air laut di Semporna amat mempersonakan

Bagi saya yang tak pandai memancing, kesempatan ini digunakan untuk aktiviti skuba di perairan tersebut yang sangat cantik, airnya sungguh jernih hingga boleh nampak ikan dari atas bot.





Rakan rakan yang lain meneruskan aktiviti mereka dan menjelang jam 12 tengahari saya serta tiga lagi rakan yang menaiki bot berasingan berlabuh di Pulau Mataking.

Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, kami singgah untuk sama-sama menunaikan kewajipan terlebih dahulu sementara menanti rakan-rakan pancing berlabuh di Pulau Mataking bersama-sama hasil tangkapan.

Kira-kira jam 1 tengahari mereka pun sampai, alhamdulillah hasil tangkapan sangat memuaskan untuk sessi pertama, boleh dikatakan semua berjaya menaikkan ikan kecuali Andrew (asyik kena bahan).

Sebaik sahaja tiba, tiga ekor ikan disiang untuk dimasak buat makan tengahari. Shone dan Luther mengambil tugas menyiang ikan ikan tersebut manaka Kathie sibur menyiapkan bahan bahan bagi memasak.

ini antara hasil pancing rakan2, saya tumpang bergambar sahaja



Shone & Luther gigih menyiang ikan





Resepi yang "simple" tapi amat menyelerakan, tanpa menggunakan minyak masak, bawang besar, halia, serai bahan beberapa rencah lain direbus sebelum isi isi ikan yang sudah dipotong tadi dimasukkan ke dalam periuk untuk dijadikan sup "Mataking".

Ditambah pula dengan cecah potongan lada dan kicap serta bawang putih, sangat menyelerakan untuk makan tengahari bersama-sama di Pulau Mataking kira-kira 1 jam setengah perjalanan dari pekan Semporna.


Kathie (Happy Place Restoran) sibuk menyiapkan sup ikan Mataking



inilah hidangan makan tengahari di Pulau Mataking


Selesai makan tengahari, hujan lebat kami mengambil keputusan untuk pulang ke Semporna manakala Shone, Kathie, Luther, Andrew, Jonathan dan Mel meneruskan aktiviti memancing bersama pemandu bot mereka.

Kami bersama sama pemandu bot Hasbi meredah hujan dan kira-kira jam 4.30 petang kami selamat mendarat di jeti Seafest Semporna dalam keadaan basah kuyup.

Team Sabahan Ronda Sabah di Pulau Mataking

Catatan hari ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada rakan rakan untuk melancong ke Semporna dan melakukan aktiviti yang digemari dengan selesa dan mendapatkan harga patut daripada pengusaha hotel serta agensi pelancongan.

- idzham hadi sidik - 



JERITAN BATIN ORANG LUGU