MELAKA - DUMAI [28 Ogos 2003 - 30 Ogos 2003]
Kisah belia Melaka bertarung ombak Selat Melaka dari pantai Tg Kling ke Dumai Indonesia pada 28 Ogos 2003 telah menjadi sejarah dan dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records.
Buku kayak Merdek mengimbau kejayaan belia Melaka mengharungi ombak dari Melaka ke Dumai Indonesia |
Seramai 43 belia berdayung selama 23 jam manakala lebih 60 lagi Ahli Jawatankuasa yang berhempas pulas menggalas amanah untuk menjayakan program ini yang diilhamkan oleh Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam Ketua Menteri Melaka ke-9.
Program ini telah menjadi sejarah dan kisahnya telah dibukukan dan penulis buku mengambil masa lebih 10 tahun untuk menyiapkan buku ini.
Inilah buku tulisan dan terbitan pertama saya yang berjaya dihasilkan dengan sokongan dan dorongan daripada Ketua Menteri Melaka ke-10 Datuk Seri Utama Ir Hj Idris Haron yang pada ketika itu sebagai Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) serta Pengerusi Program Cabaran Kayak Merderka.
Perbincangan dengan Ketua Menteri Melaka ke-10 berkaitan buku kayak Merdeka |
Promosi penerbitan buku Kayak Merdeka dalam rancangan SPM TV1 |
Kisah kayak Merdeka ini boleh dibaca pada buku Mayak Merdeka dan anda yang berminat untuk mendapatkannya boleh berhubung dengan saya melalui email idzhamhadisidik@yahoo.com
antara mereka yang telah memiliki buku Kayak Merdeka |
Terima kasih kepada yang telah memiliki dan membaca buku Kayak Merdeka ini, inshaAllah akan menyusul buku-buku lain yang boleh anda miliki
idzham hadi sidik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan