DMDI - TAHNIAH TUN MOHD ALI, UCAPAN LANGSUNG DARI 22 NEGARA

TAHNIAH TUN MOHD ALI MOHD RUSTAM DAN ISTERI [pic: Toronto 2016]

UCAPAN tahniah daripada 22 negara anggota Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) diterima oleh Tun Mohd Ali Mohd Rustam sebaik sahaja beliau sah menerima Surat Cara Pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ketujuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam [4 Jun 2020 : 1400hrs].
 
Ternyata semua anggota DMDI seluruh dunia bangga di atas pelantikan Tun Mohd Ali yang telah mengasaskan DMDI sejak 20 tahun lalu dengan melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk misi kemanusiaan.

Bagi menyatakan rasa bangga dan gembira di kalangan negara anggota DMDI itu, satu majlis ucapan tahniah secara maya akan diadakan pada Sabtu [6 Jun 2020 : 2045hrs (GMT +8)].

Ucapan secara langsung yang dinamakan sebagai Malam Apresiasi Kalungan Tahniah itu dianjurkan oleh DMDI Pusat dan Sekretariat DMDI Singapura.
Dr Mohd Hasbi Abu Bakar Ahli Majlis Tertinggi DMDI

Pengerusi DMDI Singapura, Professor (Adj) Dr Haji Mohd Hasbi Abu Bakar berkata, program itu adalah untuk melahirkan rasa bangga dan gembira anggota DMDI seluruh dunia.

"Ini adalah usahasama DMDI Pusat dan seluruh Sekretariat DMDI di 22 buah Negara di mana kita semua sampaikan kegembiraan kita dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kpd Pemimpin Ulung kita TYT Tun Datuk Seri Dr Hj Mohd Ali Rustam. Harap kita semua akan 'hadir live' Sabtu ini jam 8.45 malam menerusi facebook DMDI," katanya memaklumkan dalam group whatsapp DMDI Country members.

Ucapan tahniah kepada Tun Mohd Ali kini semakin banyak diterima di group whatsapp DMDI Country Members, ini sebahagian daripadanya.


[[Got just now overwhelming news of your new appointment as Governmor of Melaka . Sir . Indeed you are the founder of modern Melaka. Its bright future is in your hand .it always needs your kindness and your futuristic vision in making it better place.This appointment is positive sign for the well being of Melaka. Congratulation! Sir. Abdulla Nashid from DMDI Maldives .  from Maldives]]

[[Assalamualaikum wr. wb.,

PENGURUS DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM PROVINSI KEPULAUAN RIAU mengucapkan Tahniah dan Selamat atas Pelantikan Tan Sri Haji Mohd. Ali bin Rustam sebagai TUAN YANG TERUTAMA, DIPERTUA NEGERI MELAKA.
Semoga di bawah kepimpinan Tuan Yang Terutama Tan Sri Hj. Mohd. Ali Rustam, Kerajaan Melaka semakin maju jaya!

Perahu dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Tan Sri Ali memang terbilang
Gubernur Melaka pertama anak jati

Wassalamualaikum wr. wb.
BASYARUDDIN IDRIS.PBB.AHT
KETUE BIRO BELIA DMDI PROP KEPRI]]









DMDI 20 TAHUN - TAHNIAH MOHD ALI

Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam TYT Negeri Melaka ke-7

20 TAHUN usia Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang ditubuhkan hasil daripada resolusi Konvensyen DMDI pertama pimpinan YBhg Tan Sri Dr. HJ Mohd Ali Bin Hj Mohd. Rustam selaku Presiden DMDI. 
[4/6/20 - 0638hrs]  

Hari ini 4 Jun 2020, semua anggota DMDI seluruh dunia berdoa kehadrat ilahi memohon majlis yang dirancang melibatkan Tan Sri Mohd Ali berjalan lancar dan dipermudahkan.

InshaAllah Tan Sri Mohd Ali akan menjadi anak jati negeri Melaka pertama dilantik sebagai sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7. 

Dipetik dari Harian Metro [3/6/2020 - Amir Mamat] 
Tan Sri Mohd Ali dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 4 Jun 2020 (Khamis) untuk menerima Surat Cara Pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ketujuh.

Istiadat pengurniaan berkenaan akan berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 2 petang.

Sumber memaklumkan, istiadat berkenaan akan berlangsung secara ringkas dengan hanya dihadiri beberapa pemimpin negara dan negeri termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ketujuh akan diadakan di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, pada 10 pagi, Jumaat ini (5 Jun 2020) di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin.

Sebelum ini, spekulasi yang mengaitkan nama Mohd Ali untuk menjadi anak Melaka pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri ketujuh, bertiup kencang khususnya di media sosial dan portal berita bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob. 

TAHNIAH... daripada Idzham Hadi Sidik [pic: 26/1/17 - London]
 


TITIK PALING TIMUR MALAYSIA - TANJUNG ATIAM

kedudukan Tg Atiam pada titik paling Timur Sabah / Malaysia

TANJUNG ATIAM yang berkedudukan 150 kilometer dari bandar Lahad Datu, Sabah memang belum dikenali tetapi lokasi ini mempunyai keunikan tersendiri.

Ia diiktiraf sebagi titik paling timur Malaysia, sila lihat peta Sabah dan anda akan dapati kedudukan Tanjung Atiam ini betul betul pada bahagian hidung peta Sabah.

Batu penanda Tg Atiam titik paling timur Malaysia

pemandangan matahari terbit di Tg Atiam

Destinasi ini saya kunjungi bersama sama krew RTM Sabah ketika bulan Ramadan dan sudah tentu kami dapat merasai menjadi orang pertama di Malaysia berbuka puasa.

Waktu imsak di Tg Atiam Lahad Datu ini adalah pada pukul 4.23 pagi manakala waktu berbuka puasa di kawasan ini pada Ramadan 1440h/2019 adalah pada pukul 6.13 minit petang.

Bagaimanapun jika lokasi ini ingin dimajukan sebagai destinasi pelancongan, kemudahan asas seperti jalanraya berturap perlu dibuat untuk memudahkan orang ramai sampai ke situ.

Tanpa jalanraya yang baik sudah pasti pengunjung akan berfikir berkali kali sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan yang mempunyai keunikkan tersendiri ini.












Pandangan dari udara titik paling timur Malaysia (Tg Atiam)



Anda boleh saksikan video berkaitan Tg Atiam ini melalui link yang saya lampirkan ini.

https://youtu.be/J4AYAriZw4I 

https://youtu.be/UpNn3eNPE00

blob:https://myklik.rtm.gov.my/2b8ae4fc-a28b-4a0a-b3a4-d1c3bac2f86e  

Artikel ini bersambung...



SELAMAT HARI TUDM KE-62

Hercules C130 TUDM [pic: Mejar Azhar Abdul Rahman]


JURUTERBANG "nak jadi pilot cikgu", itulah jawapan saya pada cikgu apabila ditanya mengenai cita-cita semasa darjah 1 di Sekolah Rendah Panglima Adnan Port Dickson tahun 1978. Soalan cikgu "dah besar nanti nak jadi apa?.

Alhamdulillah kesampaian juga cita-cita itu apabila saya mampu menerbangkan pesawat ringan microlight dengan panduan daripada jurulatih (Kapten Royzan - KP4B) dan saya juga pernah memiliki Student Pilot Lisence (SPL).


Hanger KP4B Lapangan Terbang Batu Berendam

Microlight ini pernah terbang ke Dumai & Pekan Baru Indonesia

SPL tahun 2008

Kaitan intro dan catatan hari ini 1 Jun 2020 sebenarnya saya berhasrat hendak mengucapkan selamat menyambut ulang tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-62 kepada pegawai dan anggota TUDM di seluruh negara.

TUDM begitu dekat dengan saya kerana, kapal terbang pertama yang saya naik dalam hidup saya adalah pesawat TUDM. Tahun 1981 saya mengikut arwah Abah berpindah ke Kuching Sarawak.



Inilah kuarters Blok G19 di Kem Pendrissen, Kuching Sarawak, tempat tinggal saya dan keluarga semasa berusia 10 tahun






Pada masa itu, saya berusia 10 tahun sangat teruja untuk menaiki pesawat dan saatnya tiba juga, saya masuk ke pesawat yang disebut oleh arwah bapa saya sebagai kapalterbang "Charlie".

Saya masih ingat, saya sekeluarga  iaitu arwah Abah (Hj Sidik Hamid), mak (Hjh Miyamah Hj Limat)  dan arwah adik yang ke2 (Hjh Nurulhuda) menaiki pesawat itu dari lapangan terbang Sungai Besi Kuala Lumpur.

Dalam pesawat itu, ramai juga penumpang di kalangan anggota keluarga tentera. Semasa dalam penerbangan kami, kami diberi makanan dan minuman yang disediakan di dalam kotak. Inilah pengalaman pertama menaiki kapalterbang dan ia adalah milik TUDM.

Peluang menaiki pesawat TUDM tidak berakhir semasa kanak-kanak sahaja, ruang dan peluang terus datang apabila saya bertugas sebagai wartawan dan Penerbit Rancangan.

Kisah terbang dengan pesawat hercules C130 TUDM yang cukup saya ingat adalah semasa Misi kemanusiaan Tsunami Aceh, Misi Malbatt 001 ke Lebanon, Misi mencari dan menyelamat MH370 Perth Australia dan satu lagi misi kemanusiaan Taufan Haiyan di Tacloban Filipina.


terbang bersama C130 TUDM ke Lebanon

Paling lama berada dalam perut C130 TUDM adalah semasa ke Lebanon, mengikut pengiraan saya, penerbangan termasuk transit mengambil masa 23 jam.

Pada masa itu adalah bulan Ramadan, dan saya serta beberapa rakan lain sebenarnya boleh berbuka puasa kerana musafir, tetapi kami ingin cuba dan gagah juga berpuasa semasa dalam penerbangan. 

Dari Subang pukul 3 petang, penerbangan menuju ke arah barat maknanya masa akan lambat atau terkebelakang, akhirnya saya dan beberapa rakan berbuka puasa di lapangan terbang Dubai dan ketika itu kami sudah menahan lapar dahaga menghampiri 23 jam.

di dalam perut C130

menikmati juadah berbuka puasa di dalam perut C130

Alhamdulillah, juadah di dalam C130 yang menyelerakan

Penerbangan C130 TUDM ke Tacloban Filipina semasa saya menyertai misi kemanusiaan Kerajaan Malaysia yang dianjur olah Kelab Putera 1 Malaysia juga cukup saya ingat kerana ia membabitkan rakan sekolah saya.

Mejar Azhar Abdul Rahman rakan Sekolah Teknik Melaka, beliau adalah juruterbang pesawat C130 yang saya tumpang (kisah ini ada dalam catatan Haiyan Mengganas, menggila dan membinasa {episod Hercules C130 TUDM})

Saya juga berpengalaman menaiki pesawat TUDM semasa menyertai misi kemanusiaan tsunami Aceh, pesawat yang dinaiki berlegar legar di ruang udara lebih 10 pusingan kerana menunggu giliran untuk mendarat disebabkan lapangan terbang Aceh sesak dengan pelbagai pesawat yang menghantar bantuan.

menumpang pesawat TUDM semasa menyertai misi kemanusiaan tsunami Aceh


Selain menumpang pesawat C130 TUDM, saya juga pernah membuat liputan jet pejuang TUDM di Butterworth dan Kuantan untuk rancangan majalah RTM iaitu Galeri Nasional dan juga Galeri Perdana (sekarang hanya tinggal rancangan Galeri Nasional Mandarin & Tamil sahaja).

Pegawai dan anggota TUDM amat komited dalam melaksanakan tugas masing-masing, sepanjang tugasan liputan mereka sentiasa memberi kerjasama yang sangat baik.

Rakan2 sekolah saya dan rakan kampung saya juga ada yang pernah berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan ada yang masih lagi berkhidmat, pengorbanan mereka amat dihargai.

Kepada Pegawai, anggota dan kakitangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), bersempena catatan saya pada 1 Jun ini saya mengucapkan menyambut Selamat Hari Ulang Tahun TUDM ke-62. "Berupaya Bersiaga Kedaulatan Terjaga"

Gambar kenangan bersama krew TUDM ketika penerbangan ke Lebanon




Ucapan Selamat Hari TUDM ini juga ditujukan kepada kawan-kawan saya terutamanya Mejar Azhar Abdul Rahman (Sekolah Teknik Melaka) yang masih berkhidmat serta rakan2 yang telah bersara Encik Ali bin Meon (Kg Chohong), Encik Faizal Jalil (Kg Chohong), Encik Malek (Sekolah Teknik Melaka).

- Idzham Hadi Sidik-  














PKPB - JELAJAH NEGERI SENDIRI

0 miles Banda Hilir Melaka 30/5/2020
RENTAS negeri masih belum dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan ini bermakna sesebuah negeri itu akan membabitkan pergerakan anak negeri atau mereka yang bermastautin di negeri tersebut sahaja.

Orang Melaka inilah masanya untuk anda berjalan di negeri sendiri terutamanya di kawasan pelancongan di Banda Hilir yang sering sibuk dan sesak dengan kunjungan pelancong domestik serta luar negara.

Bagaimanapun, anda hendaklah mematuhi Prosedur tetap operasi (SOP) PKPB supaya tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa ketika melancong di dalam negeri sendiri.

Saya pasti dan yakin ramai orang Melaka yang masih belum berkesempatan atau berpeluang berkunjung ke destinasi pelancongan popular di negeri Melaka yang sememangnya sudah dikenali serata dunia.

 




Bandaraya Melaka masih lengang daripada kunjungan pelancong



Sebelum ini, sukar untuk mencari tempat pakir kenderaan di kawasan Banda Hilir, namun ketika ini (30/5) begitu banyak kawasan pakir dan anda tidak perlu berebut-rebut untuk meletakkan kenderaan.

Jalan raya juga tidak sesak, anda boleh memandu santai sambil menikmati pemandangan bangunan bersejarah di kawasan bangunan merah serta di sekitar Jongker Walk.











Untuk di luar Banda Hilir pula, anda boleh ke Jasin atau ke Alor Gajah, jika di Jasin banyak kesan sejarah atau produk pelancongan yang boleh dikunjungi, antaranya, Makam Tun Teja di Kampung Pengkalan Samak Merlimau.


Makam Tun Teja Merlimau


Orang Melaka, jangan lepaskan peluang ini, segeralah melancong di dalam negeri, untuk kita nikmati sendiri produk pelancongan sejarah, adat dan budaya yang banyak terdapat di Banda Hilir, Melaka. 



JERITAN BATIN ORANG LUGU