D'Putera Cafe Tambunan

RINDU makan goreng goreng selepas lama terkurung di rumah dalam usaha kita membantu memutuskan rantaian covid 19, jadi jika anda ke Tambunan terus saja ke D'Putera Cafe.

Restoran ini terletak betul betul di pekan Tambunan berhadapan dengan Asrama Kompleks Sukan Tambunan yang dipisahkan dengan sungai Tondulu.
Jangan bimbang untuk menjamu selera di restoran ini kerana pengusahanya sudah melakukan sanitasi sebelum pembukaannya seminggu lalu [08062020].

Bagi memastikan Prosedur Tetap Operasi (SOP) mencegah covid19, setiap pelanggan yang datang ke sini akan menjalani pemeriksaan suhu, mendaftar dan perlu mencuci tangan dengan sabun sebelum masuk ke restoran.
Semua pekerja restoran dimestikan menggunakan topeng muka dan mulut selain akan membuat sanitasi selepas pelanggan beredar.

Penjarakan sosial di dalam restoran juga amat dititikberatkan. Jika dulu restoran boleh dimasuki 50-60 pelanggan pada satu satu masa, tetapi sebagai mematuhi SOP hanya 30 pelanggan sahaja yang boleh berada di dalam reatoran pada satu satu masa.
Pelbagai menu disediakan, antaranya pelbagai nasi goreng dan mee goreng. Harga yang dikenakan juga amat berpatutan, paling printing kebersihan diutamakan




JUALAN JUJUR

JUJUR... ini adalah konsep jualan yang diamalkan oleh penduduk kampung Tagudon Penampang kira kira 30 kilometer dari Tambunan.

Jika anda menggunakan laluan Penampang - Tambunan - Penampang pasti anda akan nampak gerai jualan tanpa peniaga tetapi penuh dengan hasil pertanian yang segar.
Antara hasil pertanian itu termasuklah pisang, bunga kantan, bawang losun, kuchai, lada, ubi kayu yang sememannya baru sahaja dituai oleh petani tempatan.

Hasil pertanian dibiarkan di atas para sulap (pondok) tanpa perlu diawasi oleh peniaga.
Ada disediakan tabung untuk anda membayar harga hasil pertanian ini, nilainya seperti yang dicatatkan pada kertas keras.

Jika anda berminat membeli salah satu produk di pondok pondok kejujuran ini, silakan tapi pastikan anda jujur untuk membayar harganya seperti yang ditulis.

Anda boleh saja mengambil hasil pertanian ini dan berlalu pergi tanpa membayar kerana tiada siapa yg memantau anda di situ.
Tapi harus ingat, hasil pertanian yang anda akan makan itu pastinya menjadi darah daging sendiri, oleh itu jujurlah pada diri sendiri.

Memanglah tidak ada sesiapa yang nampak perbuatan anda tidak membayar tetapi Allah ada tanpa tempat memerhati dan menilai kejujuran anda.
- idzham hadi sidik -

 

REMPIT 2 KUNDASANG

KONVOI motosikal dan kereta mula dibenarkan aktivitinya di seluruh negara, kesempatan ini digunakan dan saya memilih untuk menunggang solo ke Kundasang.

Suboh di Kota Kinabalu pukul 4.49 pagi, selesai menunaikan kewajipan saya bersiap siap untuk memulakan ride bersama sama si Siput biru putih MCR7747.
5.55 pagi [13/6/2020] dari Universiti Utama Condominium (UUC) Telipok, enjin skuter dihidupkan dan perjalanan saya bermula melalui Jalan Telipok - Tamparuli - Ranau.

Cuaca cukup baik pagi ini, sebaik memasuki laluan Telipok - Tamparuli kelibat Gunung Kinabalu jelas kelihatan dan pemandangan cukup cantik.

Oleh kerana awal bergerak ke Kundasang, banyak lokasi boleh disinggahi untuk bergambar supaya menjadi panduan kepada anda yang bakal melancong ke Sabah.

Selepas merakam gambar di jambatan gantung Tamparuli, perjalanan diteruskan melalui laluan Tamparuli - Ranau, keadaan trafik selesa kerana masih belum ada bas persiaran atau van pelancongan yang biasanya membawa pelancong ke Kundasang seawal jam 6.00 pagi.

Sejam menunggang, berhenti pula di kampung Kaung Lapai Batu 19 (Perrangi view point). Cantik pemandangan Gunung Kinabalu di sini, selain itu boleh ke tandas atau singgah untuk membeli kudapan buat bekalan ke Kundasang berbaki 45 minit lagi.
Sekarang baru pukul 6.37 pagi, masih banyak waktu untuk saya singgah di beberapa lokasi lain untuk melihat pemandangan gunung Kinabalu yang cantik ketika cuaca baik ini, antara lokasinya ialah Pekan Nabalu Dan simpang Bundu Tuhan 
Sebelum Pekan Nabalu, ada satu lokasi iaitu Peropok View  yang ada gerai kraftangan seperti wakid, sumpitan, gong dan bubu.

Di Pekan Nabalu ketika ini masih banyak gerai yang belum dibuka. Ada juga pita larangan masuk masih dipasang dan kawan bergambar di Pekan Nabalu Masih ditutup
Simpang Bundu Tuhan dengan Kundasang jaraknya hanya 10km, menunggang santai sambil menghirup udara segar sepanjang perjalanan mengakhiri ride saya di Bulatan kobis Kundasang pada pukul 7.13 pagi.
Kelihatan ramai juga pelancong yang berkunjung ke Keningau ini, saya pasti mereka adalah warga Sabah atau mereka yang bermastautin di negeri ini.

Seperti yang dijanjikan dengan En Azizul pengusaha Midori Homestay, saya terus saja ke Mesilou.

Kira-kira 8.35 pagi Gunung Kinabalu yang sebelum ini menampakkan kelibatnya mula bersembunyi disebalik awan. Homestay Midori menjadi destinasi saya untuk melepaskan lelah sambil membersihkan diri. Cerita homestay ini akan ditulis Dalam episod lain.

Kundasang mula bangkit selepas sunyi dari kunjungan pelancong, anda di Sabah apa lagi, marilah melancong ke negeri sendiri.

- idzham Hadi sidik - 



INI PULAU ANA YANG PUNYA

SABAHAN Ronda Sabah... Ini bukan cerita perjalanan saya jalan2 Sabah, tapi ini cerita kawan saya, pasangan suami isteri Shone & Kathie yang bangkit untuk merancakkan kembali industri pelancongan Sabah.

Tahniah Shone & Kathie yang memilih untuk melancong di negeri sendiri (Sabah) sebaik sahaja kerajaan membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri untuk mengembalikan semula ekonomi yang terjejas akibat pendamik covid 19.

Ceritanya begini, dari Kota Kinabalu mereka berkelana ke Semporna untuk berehat dan menikmati keindahan pulau pulau yang ada di daerah itu.

Dari cerita ringkas yang di hantar oleh Kathie melalui apps WhatsApp, mereka sangat bertuah kerana kunjungan mereka ke Semporna pada ketika suasana masih tenang dan belum sibuk dengan kehadiran pelancong.

Kathie ibaratkan, pulau yang di kunjungi ibarat mereka yang punya, tanpa pencemaran, tiada kesibukkan tak serabut dengan bot bot yang bersimpang siur diperairan itu.

Ini mesej Kathie "[11/06, 21:47] Kathie J TBLF: We got all the islands to ourselves Ji
[11/06, 21:47] Kathie J TBLF: Teda visitors langsung 😅"

Mereka berdua memilih menginap di Seafest Hotel yang menawarkan penginapan selesa serta harga yang sangat berpatutan.
Bagi aktiviti laut pula, perkhidmatan yang disediakan oleh Poseidon sport fishing charter menjadi pilihan Shone & Khatie.
Wow menariknya... Lihatlah gambar yang dikongsikan ini
Seronokkan... Jadi apa tunggu lagi wahai Sabahan, inilah masanya untuk anda semua ronda Sabah, jangan tunggu pelancong dah ramai, nanti sesak dan kurang keseronokkan untuk menikmati keindahan alam.

Untuk pengetahuan semua, Shone & Kathie juga mempunyai sebuah restoran "happy place" di Kolombong dekat bandaraya Kota Kinabalu, pelbagai menu disediakan di situ.

Lebih menarik pasangan suami isteri ini boleh menyediakan makanan walau di mana jua, termasuklah di belantara hutan rimba (kisahnya dalam catatan Trans Borneo The Last Frontiers)

Sama Sama kita bantu untuk merancakkan kembali industri pelancongan negeri dan negara.

- idzham hadi sidik -

JERITAN BATIN ORANG LUGU