IKAN MAKAN IKAN DI SEMPORNA SELEPAS PKP


Ikan besar boleh dilihat dek kejernihan air laut di Semporna

PERAIRAN Semporna yang "berehat" panjang semasa Perintah Kwalan Pergerakan (PKP) mempunyai hikmah yang sangat baik, air laut semakin jernih banyak hidupan liar dapat dilihat bukan sahaja oleh penyelam, malah dari permukaan air kita boleh saksikan ikan yang bersaiz besar sedang membaham ikan kecil yang dijadikan sebagai makanan.

Tak perlu jauh, di kawasan perairan Singahmata sahaja kita boleh saksikan aksi ikan ikan besar memakan ikan kecil yang dilepaskan. Ini bukti bahawa kejernihan air laut di Semporna semakin terserlah selepas PKP.

Aktiviti air termasuk selam skuba dan snorkeling juga sudah dibenarkan dan bagi penyelam inilah saat yang dinanti nantikan kerana sudah lama merindui kegiatan ini yang dihentikan akibat penularan wabak covid-19.


Aktiviti snorkeling di perairan Pulau Sibuan
Berkenalan dengan Pengarah Semporna Sea Sports & Tours Allister Lee, beliau kini sudah bersedia menerima semula pelancong tempatan terutamanya penyelam sudah telah merindui aktiviti ini.

Menurutnya, pelbagai pakej baharu telah disediakan untuk penyelam dan untuk mengetahuinya mereka boleh melayari laman web www.sipadanvacations.com atau menghubunginya di talian 012-8187844.

Selam skuba di perairan Semporna menjanjikan pemandangan dasar laut yang mengasyikkan

Kaum Palau' mencari rezeki dengan jualan hasi laut
Pulau tumpuan pelancong untuk melakukan aktiviti laut termasuklah Pulau Mabul, Sipadan, Pulau Mataking, Pulau Kapalai, Pulau Bohey Dulang, Pulau Pom-pom dan Pulau Sibuan.

Seperti catatan sebelum ini, sekarang adalah masa terbaik untuk melancong ke Semporna, Jika anda bercadang ke Pulau Sipadan untuk menyelam, masa terbaik untuk lawatan anda adalah sekitar April hingga Jun. Ini kerana pada bulan-bulan ini jarak penglihatan menyelam adalah sekitar 30m hingga 50m berbanding bulan-bulan lain hanya sekitar 20m sahaja. 

Seperkara lain, pada ketika ini iaitu dari bulan May hingga Ogos, kami amat bertuah kerana dapat melihat sendiri penyu-penyu di perairan semporna.

di tengah tengah perairan Sibuan ada tempat yang cetek


Pic Pejabat Daerah Semporna


Tentunya dengan catatan dan foto yang dilampirkan ini membuatkan anda teruja untuk ke Semporna, sama sama kita merancakkan lagi industri pelancongan negara dengan kita sendiri yang mengunjungi destinasi pelancongan di negeri dan negara sendiri.

- idzham hadi sidik - 

SEMPORNA - PENGINAPAN DENGAN HARGA PATUT & PAKEJ ISTIMEWA


Panorama Semporna dari tingkat 5 Seafest Hotel


Seafest Hotel menawarkan pakej istimewa untuk pelancong tempatan yang berkunjung ke Semporna

BERKUNJUNG ke Semporna selepas kerajaan membenarkan semula operasi industri pelancongan yang terjejas akibat penularan wabak pendamik covid-19 sangat menguntungkan.

Pertama rakyat Malaysia akan rasa selesa tanpa kehadiran pelancong asing yang menyebabkan kesesakkan pusat pelancongan air terkemuka di dunia ini. Kedua penginapan dan pakej aktiviti yang ditawarkan oleh pengusaha hotel serta agensi pelancongan juga amat berpatutan berbanding sebelum ini.

Ketiga pula, pelancong tempatan akan dapat menikmati keindahan pulau pulau dan kejernihan air laut yang sangat bersih ketika ini manakala kebersihan pekan Semporna tanpa kehadiran sampah sarap ditebing jeti pelancong dan jeti awam semakin memuaskan.

Bercerita mengenai penginapan, salah satu hotel yang sudah beroperasi iaitu Seafest Hotel, tawaran penginapan yang disediakan amat berpatutan dan mampu dihuni setiap pelancong tempatan.

Pihak hotel mematuhi SOP KKM
                                  
Pihak pengurusan telah mengambil langkah langkah mengutamakan pencegahan wabak covid-19 dengan mematuhi Prosedur Tetap Operasi (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Setiap pelancong yang menginap akan diperiksa suhu badan terlebih dahulu, mendaftar masuk dan menggunakan hand sanitizer serta digalakkan memakai topeng muka dan mulut.

Pemeriksaan suhu badan ke atas pelancong diberi keutamaan
                              
Penjarakan sosial diutamakan oleh pihak hotel

Kebersihan dan kesihatan pelancong diberi perhatian oleh pihak hotel
                                     
Berkaitan kebersihan dan kesihatan pula, kita tidak perlu bimbang kerana pengurusan hotel amat mengutamakannya dengan melakukan kerja kerja sanitasi setiap hari.

Bagi bilik bilik yang telah digunakan, kerja pembersihan akan dibuat mengikut SOP KKM, tuala, cadar, sarung bantal akan diganti dengan yang baru, perabot di bilik akan disembur dengan cecair sanitasi dan bilik akan dikosongkan untuk beberapa jangka waktu sebelum pelancong seterusnya dibenarkan masuk.





Petugas Seafest Hotel sedang melakukan kerja sanitasi harian di bilik penginapan

Bagi anda yang berhasrat untuk berkunjung ke Semporna boleh berhubung terus dengan pihak Seafest Hotel untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai harga penginapan dan pakej pelancongan yang disediakan.

Informasi boleh diperolehi melalui telefon 089-782333 atau melalui email info@seafesthotel.com atau layari laman web www.seafesthotel.com


Semoga catatan ini dapat memberi panduan kepada anda yang sudah mula merancang bercuti dalam negara, berkunjunglah ke Semporna kerana ia menjanjikan pemandangan laut yang cantik setanding Maldives. 

- idzham hadi sidik - 














  

DARI KK TUJUAN SEMPORNA

PERJALANAN Kota Kinabalu ke Semporna mengikut Google map akan mengambil masa 8 jam 47 minit iaitu sejauh 565 kilometer.

5.45 pagi [24/6/2020] bersama sama tiga rakan sepejabat, perjalanan ke Semporna dari KK bermula untuk kerja kerja penggambaran dokumentari Rona Sabah.

Keadaan trafik agak selesa dari KK ke Tamparuli dan pendakian bermula dilaluan Tamparuli - Kundasang. Pemanduan agak perlahan berikutan terdapat lori membawa tiang konkrit turut menggunakan laluan yang sama.
Kundasang destinasi pertama yang ditujui. Pukul 7.25 pagi kami sampai di sini dan tugasan pertama merakam panorama Gunung Kinabalu serta gerai gerai jualan yang sudah mula beroperasi.

Sarapan bersama sama cikgu Jamili Napi (Penulis skrip Dokumentari Rona Sabah) di salah sebuah kedai makan di pekan Kundasang.
Di pekan Kundasang gerai jualan ada yang masih belum beroperasi manakala yang sudah mula berjualan memasarkan produk dengan harga berpatutan.

Seperti yang dijanjikan dengan rakan TBLF2019 (Shone, Kathie & Team) kami bertemu di kawasan parkir War Memorial Kundasang untuk sama sama bergerak ke Semporna.

Pukul 9.45 pagi dengan tiga kenderaan kami sama sama memulakan perjalanan Kundasang - Ranau - Semporna. Pada jam 11.35 pagi konvoi 3 kenderaan tiba di Telupid dan sejam selepas itu kami tiba di Kota Kinabatangan.
Dalam masa satu jam berhenti rehat di Kinabatangan, misi Sabahan Ronda Sabah mengisi perut dengan nasi kukus ayam berempah. Terdahulu selesaikan kewajipan di masjid daerah Kinabatangan.

Sesuatu yang menarik, sign board Masjid Daerah Kinabatangan terletak di luar masjid manakala jalan masuk ke masjid pula terletak di sebelah belakang jalan utama, ia agak mengelirukan

Perjalanan diteruskan menuju destinasi, sebelum memasuki sempadan Lahad Datu hujan turun dan pemanduan dilakukan secara berhati hati.

Dari Kinabatangan ke Lahad Datu beberapa destinasi pelancongan kami lalu, antaranya Sukau, Gua Batu Tulog, Batu Putih, homestay Kopel, Pusat Penyelidikan Danau Girang, kawasan hidupan liar seperti gajah pigmy, buaya, orang hutan dan monyet Belanda atau Bayau.
Pukul 4.15 petang kami sampai di Bandar Lahad Datu. Antara destinasi pelancongan di sini termasuklah Lembah Danum, Menara Kayangan, Tg Atiam (titik paling Timur Malaysia), kesan serangan pengganas Sulu Tanduo dan Bandar Tawau.

Dari Lahad Datu kami menuju ke Semporna melalui Kunak. Kawasan Kunak dikaitkan sebagai pusat gempa kerana sering berlaku gempa bumi diperairan Kunak. Pukul 5.25 petang konvoi melepasi Pekan Kunak.
Menuju ke destinasi kami menggunakan laluan baru Kunak - Semporna. Pukul 7.25 petang akhirnya Kami tiba di Seafest Hotel Semporna untuk berehat dan bermalam.
Catatan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Semporna menggunakan jalan Raya boleh dijadikan sebagai panduan buat kawan kawan yang berhajat untuk bercuti di Semporna. Bukan 8 jam tetapi 13 jam 25 minit perjalanan keseluruhan termasuk berhenti rehat, makan dan mengisi bahan bakar kenderaan.

- idzham Hadi sidik





WAKID BERDARAH - BUAT SUSAH HARGA CIPUT


Hendry pembuat wakid Kg Sunsuron Tambunan

DARAH tak henti henti mengalir pada jari Hendry, dia terpaksa menghisap darah yang terus menyembur keluar itu dengan mulutnya supaya segera kering.

Luka pada jari hendry berpunca semasa dia membelah sebatang buluh untuk dibentuk menjadi wakid, kerjanya itu terpaksa dihentikan seketika hinggalah darah kering.

ikuti link ini untuk menonton video wakid berdarah


Semasa ditanya, selalukah dia mengalami luka sewaktu membelah buluh atau menghaluskan buluh buluh yang diperolehi dari hutan untuk membuat wakid?. Beliau menjawab bukan lagi biasa tetapi acap kali.



Buluh adalah bahan asas untuk membuat wakid, selain itu rotan, kulit kayu dan pelepah pinang juga sumber alam yang diperlukan untuk menyiapkan wakid pelbagai saiz.

Hendry anak Ngali berusia 73 tahun etnik Iban kini menetap bersama sama suku kaum Kadazan Dusun di Kampung Sunsuron Tambunan mahir membuat wakid tetapi tak mampu mengelak cedera di jari setiap kali membuat wakid.

Industri pembuatan wakid ini diwarisi turun temurun kebanyakan suku kaun Kadazan Dusun di negeri Sabah ini. Dari saiz kecil hinggalah saiz besar boleh dilihat.



Jika anda ke Tambunan, anda boleh singgah di Kampung Sunsuron untuk melihat bagaimana penduduk kampung membuat wakid. saya sendiri berpeluang melihat kerja kerja membuat wakid ini melalui informasi oleh Pejabat Daerah Tambunan dan Persatuan Pelancongan Tambunan (TATA).

Percaya atau tidak untuk membuat wakid yang sempurna perlu mengambil masa antara satu hingga dua bulan. Proses kerjanya amat rumit dan memerlukan kesabaran.


Bermula dengan ke hutan mencari buluh dan rotan, kemudian kerja2 membelah meluruh dan membersihkan buluh dibuat. Hendak membelah buluh juga memerlukan ketelitian dan fokus. Jika tidak berhati hati boleh boleh terbelah terus.

Apabila wakid sudah dibentuk, sekali lagi Hendry ke hutan untuk mencari kulit kayu, hendak mengambil kulit kayu perlu masa yang sesuai bagi mengelakkan kulit kayu melekat pada pokok.

Video ini menceritakan bagaimana cara membuat wakid.

Bagaimanapun, harga yang dibayar kepada pembuat wakid tidak berbaloi dengan kerja yang dilakukan, mereka hanya memperolehi antara RM30 hingga RM50 bagi satu wakid yang perlu dibuat dalam tempoh sebulan atau lebih.

Kadang2 orang tengah mengambil kesempatan menjual wakid kepada pelancong dengan harga yang sangat tinggi antara RM200 - RM300 sedangkan pembuat wakid dibayar ciput.


Ingatlah... jangan mengeksploitasi pembuat wakid, mereka berhempas pulas dalam proses pembikinan, keluar masuk hutan, gatal badan dek miang buluh, luka jari dek selumbar rotan dan tajam buluh, namun bagi penbuat wakid, biarpun parah, luka jari jemari demi menyiapkan wakid berdarah.

- idzham hadi sidik - 




7 LODGE TAMBUNAN - SELESA DAN BERPATUTAN

7 Lodge Tambunan

COMFORTABLE & AFFORDABLE memang tepat slogan The 7 Lodge  Tambunan yang menyediakan penginapan selesa dengan harga berpatutan.

Setiap pelancong yang berkunjung ke Tambunan Sabah seharusnya merasai pengalaman bermalam dengan tinggal di The Lodge Motel & Cafe Tambunan ini.

Saya berpeluang untuk bermalam di sini, selepas dicadangkan oleh Pejabat Daerah Tambunan. Pelbagai jenis bilik disediakan, ada bilik single, ada juga bilik keluarga.




Bagi yang berminat tinggal di dalam kabin, 7 Lodge Tambunan turut menyediakannya. Kawasan yang luas juga membolehkan khemah atau kanopi didirikan untuk keluarga bersantai dan rehat tetapi perlu mengikut SOP penjarakan sosial. 





Pelbagai jenis bilik disediakan oleh 7 Lodge Tambunan

Sepanjang lebih dua bulan berkurung di rumah dalam usaha membantu kerajaan memutuskan rantai covid-19 pastinya ramai yang mahu keluar dan menikmati keindahan alam yang dijanjikan di negeri Sabah ini.

Pastinya juga ramai yang ingin menikmati suasana bermalam di lokasi lain selain dari rumah sendiri, oleh itu jika ke Tambunan inilah ruang penginapan yang perlu anda singgah dan nikmati.

Harga yang ditawarkan memang boleh dengar dan mampu dihuni oleh anda, kemudahannya juga amat selesa dan lokasinya di sebalik kehijauan semulajadi yang menyamankan.



bilik yang bersih dan selesa di 7 Lodge Tambunan

Anda tak perlu bimbang untuk menginap di sini, kerana pengusahanya telah melakukan sanitasi sebelum membuka kepada umum.

Pengunjung yang datang juga akan melalui prosedur yang ditetapkan iaitu akan diambil suhu, mendaftar dan sentiasa diingatkan supaya mencuci tangan serta memastikan penjarakan sosial dan memakai topeng muka.



ruang santai di 7 Lodge yang bersih dan mengutamakan penjarakan sosial

Tentunya industri pelancongan di Sabah khususnya di Tambunan ini akan terus bangkit dan seharusnya warga Sabah perlu memainkan peranan untuk membantu merancakkan industri ini mengikut normal baharu.

Kita jaga kita, kita belum menang, kita pasti menang, Sabahan ronda Sabah.

- idzham hadi sidik -



 

JERITAN BATIN ORANG LUGU