MISI BANTUAN BANJIR PITAS

SEMANGAT ingin membantu, berkongsi rasa dukacita, mengaggih rezeki untuk sama dirasa dan tegar melaksanakan kerja sukarela mendorong 13 individu sepakat menghantar bantuan bencana banjir di Pitas mulai 18 Januari 2021.

Saya dan semua individu yang terlibat dalam misi ini pernah sama sama mengharungi cabaran Trans Borneo The Last Frontiers 2019 (TBFL) dengan menempuh laluan berliku lebih 1,200 kilometer dari Kota Kinabalu ke Lawas Sarawak menjalajah Kalimantan Utara dan kembali ke Sabah melalui Kalabakan.
peserta misi bantuan bencana banjir Pitas berkumpul di rumah Toh Puan Hajjah Rahimah sebelum berlepas ke lokasi [180121 - 0851hrs]

Pada misi banjir Pitas kali ini saya dan rakan-rakan mewakili NGO masing-masing, REACH OUT, Tough Diesel, Persatuan Bulan Sabit Merah Kota Kinabalu, Persatuan Amal & Kebajikan Bencana Malaysia dan Kelab Land Rover Sabah.

Fauziah (Elma) Stephens individu bertanggungjawab mengumpulkan wang tunai daripada kenalan rapat dan orang ramai seluruh Malaysia untuk membeli barangan keperluan harian antaranya beras, minyak masak, tepung, gula, garam dan mee segera.
telur antara barangan yang dibawa ke lokasi untuk diserah kepada mangsa banjir

Alhamdulillah, sebagai Pengerusi Persatuan Amal & Kebajikan Bencana Malaysia, saya mempelawa rakan2 RTM Sabah dan rakan niaga Q SureRich untuk sama sama menyumbang, hasilnya barangan keperluan diri seperti sabun mandi, berus dan ubat gigi, tuala wanita dan tisu basah dapat dibeli untuk diaggih kepada mangsa banjir.
Tuala wanita, berus gigi, ubat gigi dan sabun mandi antara barangan keperluan diri sumbangan rakan RTM Sabah

Semua peserta berlepas dari Kota Kinabalu pada pukul 10 pagi. Oleh kerana laluan Kota Kinabalu - Kota Belud ditenggelami air, konvoi bantuan banjir ini melalui jalan Tamparuli - Ranau - Marak Parak - Kota Marudu. Konvoi akhirnya sampai ke Pitas pada jam 3.49 petang.
konvoi 4x4 ke Pitas melalui Jalan Tamparuli - Ranau - Kota Marudu - Pitas.

TBLF 2019 Group sukarelawan misi bantuan banjir Pitas

Sebaik tiba di Pitas, sukarelawan bergerak ke Kampung Andab untuk menghantar bantuan yang dibawa sebelum diaggihkan kepada penduduk kampung Kg. Andap, Kg Ladap, Kg Gambir, Kg Kambalang dan Kg Kinagoh..

pekan Pitas sunyi sepi selepas banjir

Selain konvoi 7 pacuan empat roda (4x4), sebuah lori 7 tan turut digunakan untuk membawa barangan bantuan.

Dari pekan Pitas, kami terus masuk ke kampung Andab melalui jalan Kampung Babau Katabasan Laut. 500 meter pertama konvoi bergerak lancar, namun memasuki jarak 1 kilometer dari jalan besar, lori yang digunakan terbenam di dalam lumpur pada jalan tak berturap.

lori membawa barangan bantuan tenggelam di dalam lumpur

Disinilah sukarelawan berpadu tenaga mengerah kudrat berusaha mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Tiada langsung rungutan, tak berbunyi ayat salah menyalah antara satu sama lain, sebaliknya mereka tahu tugas masing masing.

Lori ditarik oleh kenderaan pacuan empat roda milil white, namun gagal. Cuba lagi, kali ini 3 pacuan empat roda digunakan untuk menarik lori yang suda sengget akibat tayar belakang sebelah kanan sudah tenggelam dilumpur.
usaha menarik lori yang terbenan di lumpur menggunakan 3 kenderaan pacuan 4 roda
Usaha ini juga gagal. Langkah seterusnya mengeluarkan barang2 bantuan yang dimuatkan di dalam lori untuk menjadikan kenderaan itu lebih ringan dan boleh ditarik keluar dari lumpur. 

semua muatan dalam lori dikeluarkan

Tindakan ini berjaya menarik keluar lori yang terbenam. Semua barang2 dimuatkan dalam kenderaan penduduk kampung yang datang beramai ramai membantu. Dalam masa sejam semua kerja memindahkan barang barang dapat diselesaikan.
selesai memindahkan barangan bantuan dari lori ke kenderaan penduduk kampung

Dalam cuaca hujan dan keadaan mulai gelap perjalananan ke kampung Andab diteruskan demi untuk menyampaikan bantuan antaranya 235 kampit beras dan lain lain keperluan harian dan kelengkapan kebersihan diri.

Sekitar jam 7.38 malam semua barangan dapat diserahkan kepada penduduk kampung. Alangkah terharu apabila kami dimaklumkan mereka sebenarnya menunggu kehadiran sukarelawan sejak pagi.

Ada di kalangan penduduk yang gigih berjalan kaki lebih setengah hari dari kampung masing masing ke kampung Andab untuk mendapatkan barangan bantuan yang kami bawa.
Ucapan terima kasih saya sampaikan daripada penerima bantuan kepada setiap individu yang menyumbang dalam misi bantuan bencana banjir Pitas ini. Semoga rezeki anda akan diperluaskan lagi. 
Idzham Hadi Sidik
Pengerusi
Persatuan Amal & Kebajikan Bencana Malaysia [190121]








"MEMBUKIT" Hiking menawan puncak bukit




Bukit Botak Sepanggar

Puncak Nunuh Lapai Salut

Kaki Bukit Janggut Sepanggar


MEMBUKIT... Tiba-tiba istilah ini tercipta untuk hiker tegar yang memilih aktiviti mendaki bukit sebagai kegiatan riadah dan amalan gaya hidup sihat.

Bagi pendaki di sekitar Kota Kinabalu puncak bukit Nunuh Lapai di Salut, Bukit Janggut dan Bukit Botak di Sepanggar, Bukit Kopungit di kawasan bandaraya KK pasti tidak asing bagi mereka.

Malah ada di atara hiker ini yang selamba turun naik dua tiga kali dalam satu masa. Ada juga dalam satu hari mampu mendaki ke empat empat bukit ini. 

Salah satu puncak Bukit Botak Sepanggar

Puncak Nunuh Lapai

Puncak Bukit Janggut

Jalur Gemilang di puncak Bukit Janggut


Sejak dinasihatkan oleh doktor supaya amalkan turun naik tangga dan melakukan aktiviti mendaki, gagah jugalah akur dengan nasihat itu. Memang berpeluh berjurai jurai, nafas kena kawal, pergerakan ikut kemampuan, tak perlu tergesa gesa untuk sampai ke puncak.

Alhamdulillah, degupan jantung kini dirasakan semakin stabil, tak terlalu cepat penat dan mampu untuk mengawal pernafasan, tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut, ini cara saya untuk kawal pernafasann dan elak cepat keletihan semasa mendaki.

Dengan cara itu, Bukit Janggut mampu saya daki hingga ke puncak dari kaki bukit dalam masa 20 minit, Bukit Botak pula saya menggambil masa 45 minit, bukit Nunuh Lapai 35 minit manakala bukit Kopungit 30 minit.

Dari UUC Telipok, ketiga tiga bukit iaitu bukit Nunuh Lapai, bukit Janggut dan bukit Botak mengambil masa 5 minit atau 6 kilometer sahaja, jadi mudah untuk saya ke lokasi setiap kali cuti hujung minggu atau kepelasan am.

Pemandangan di puncak Bukit Botak

Megah berkibar Jalur Gemilang dan bendera Sabah di puncak Bukit Botak

Pelabuhan Sepanggar dari puncak Bukit Botak

Pemandangan ini hanya dapat dilihat sebaik sahaja 
puncak Bukit Botak ditawan

Pemandangan dari Nunuh Lapai tidak kurang hebatnya



Biasanya 6.30 pagi saya dah memulakan pendakian dan turun semula ke kaki bukit sekitar pukul 8.30 pagi.

Bukit Botak jaraknya pendakian paling jauh dari kaki bukit, permulaan agak landai, kemudian sampai di kawasan berpondok kita menurun bukit dan pendakian berterusan hinggalah ke puncaknya.

Pemandangan di puncak sangat menarik boleh lihat Pelabuhan Sepanggar dan pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Jika cuaca baik boleh lihat panorama Gunung Kinabalu yang sangat menakjubkan.

Bukit Nunuh Lapai, ada dua laluan dari kaki bukit, laluan pertama jaranya 1200 meter manakala laluan kedua jaraknya 980 meter. Dua - dua laluan ini ada cabaran tersendiri, InshaAllah dengan teknik yang betul tanpa rasa patah hati atau putus asa, puncaknya boleh dicapai.

Pemandangan tidak kurang menarik yang pastinya apabila sampai di puncak kepuasan akan dirasai dan gambar kenangan boleh diambil sebanyak mungkin, jangan lupa jaga kebersihan apabila berada di puncak bukit.

Bukit Janggut, kaki bukitnya berhadapan dengan simpang Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sepanggar, bentuk muka buminya agak licin terutamanya apabila hujan. Bukit Janggut ini paling banyak punch line.

Bukit Janggut paling banyak punch line

Ada 0km di kaki Bukit Janggut

Antara punch line yang ditulis perintis bukit Janggut

Senyum apabila membaca punch line ini



Sebaik sampai di puncak, kita dapat menikmati pemandangan yang menarik, jika cuaca baik kelibat Kinabalu mampu kita lihat sepuas puasnya.

Untuk mendaki, saya lebih gemar menggunakann kasut "adidas kampung". Pernah saya ditegur salah seorang pendaki, "waaa patutlah turun bukit laju jak, rupanya guna kasut lejen ni (merujuk kepada kasut adidas kampung).

Pendaki seluruh negara, jika datang ke Sabah jangan fokus untuk mendaki Gunung Kinabalu sahaja. banyak gunung gunung lain dan bukit bukit di sekitar negeri Sabah ini.

Bersama ini saya sertakan senarai tempat mendaki yang sering menjadi tumpuan.

Daerah Papar

1. Mikik

2. Obs

3. Hutan Lipur Kawang

4. Bukit Kuburan

5. Bukit Lumagas

6. Bukit Bendera

7. Bukit Kinandukan


Daerah Membakut

1.Bukit Samudera

2.Bukit Tinubau


Daerah Sipitang

1.Gunung Lumaku

2.Gunung Muruk Miau

3.Bukit Tampalagas


Daerah Kota Kinabalu

1. Bukit Kopungit

2. Bukit Botak/Gundul Sepanggar

3. Bukit Kokol Menggatal

4. Signal Hill

5. Bukit Padang

6. Bukit Lumpugou


Daerah Telipok

1. Bukit Nulu Kebayau

2. Bukit Binaong

3. Bukit Malawa

4. Bukit Payung

5. Bukit Kayu Madang

6. Bukit Payung


Daerah Tuaran

1. Bukit Tirig

2. Bukit Nuluh Lapai

3. Bukit Merlin

4. Bukit Kapur

5. Bukit Tungkalingan

6. Bukit Tompinangan Trig


Daerah Tamparuli

1. Bukit Perahu

2. Bukit Kusai

3. Murug Turug waterfall

4. Malba Trig

5. Nomburungui

6. Bukit Moninduk Sirung, Tiong Temburong

7. Bukit Talantang

8. Bukit Mayang

9. Bukit Sinagang

10. Bukit Kulintangan


Daerah Kota Belud

1. Bukit Bongol

2. Bukit Bagong via narinang

3. Mount Nungkok

4. Air Terjun Koliposuan, Kg. Sayap

5. Bukit Tinjau

6. Bukit Kujau

7. Bukit Tunggul

8. Bukit Singkug + guabon waterfall

9. Melangkap Nariou

10. Liminuang Babagon Rosok

11. Napunggok Lituk 1266m ASL Sayap

12. Nuluh Linggion

13. Gunung Sadok- sadok@Nungkok

14. Bukit Garas

15. Bukit Mogilin

16. Mt. Minodtuhan Sub stesen Sayap

17. Air Terjun Sosogohon Melangkap Tiong

18. Nopungguk via podos

19. Nopungguk via gansurai

20. Badi2 Tompuan Kg. Pandat

21. Bukit Pinontungan Sayap

22. Bukit Bogung via purak ogis

23. Bukit Kowatuan Sayap

24. Bukit Kolumpisau Sayap

25. Bukit Trinity Kg Pandat

26. Nuluh Kagarasan

27. Maranggoi Tagal

28. Kuminangkad WaterFall

29. Aura Montoria Sayap

30. Bukit Budu Sundu

31. Mt. Melangkap (2)

32.Rekreasi Kilabi & Batu Manggoi trails

33.Bukit Kinahit


Daerah Tambunan

1. Bukit Lugas

2. Gunung Trus Madi

3. Gunung wakid

4. Minduk Sirung - Mahua

5. Bukit Kimbolung

6. Bukit Dampasak

7. Bukit Kolindasan


Daerah Ranau/ Kundasang

1. Air Terjun Langanan Hot Spring Ranau

2. Bukit Pyramid

3. Sosodikon Hill

4. Maraggang Hill

5. Tinorindak

6. Bukit Lugas

7. Bukit Dompurungon

8. Bukit Kimondow

9. Mantapok Nature

10. Tambiau Forest House


Daerah Keningau

1. Crocker Range Park

2. Bukit Trig Apin Apin

3. Bukit kalas Apin2

4. Bukit Lugas Apin2

5. Bukit Silui Mandanan

6. Bukit Bandukan

7. Bukit Timpohon Paragaliding

8. Bukit Masin

9.Trail Gua Laing

10. Mt.Trusmadi Via Sinua

11. Mt.Trusmadi Via Apin2

12. Bukit Baverly Kikiran

13. Bukit Sumbiling Kikiran

14. Bukit Soborong

15. Bukit Gonipis

16. Bukit Matanoi (New)

17. Bukit Malik (New)

18. Bukit Kara (New)

19. Bukit Kawah (New)

20. Bukit Janda (New)


Daerah Sapulut

1. Batu Punggul

2. Gua Tinahas


Daerah Kunak

1.Bukit Madai

2.Bukit Pidung

3.Bukit Tisop

4.Bukit Tongkat Ali


Daerah Tawau

1. Bukit Gemuk

2. Bukit Pancang

3. Bukit Cinta

4. Bukit Akar

5. Bukit 38

6. Bukit Lipan

7. Bukit Lie man Kui

8. Bukit Lion Hill

9. Bukit Galas

10. Bukit Middle

11. Bukit Batu Hitam

12. Gunung Lucia

13. Gunung Maria

14. Gunung Magdalena

15. Gua kelawar

16. Bukit Tukok Kalabakan

17. Bukit Sg Udin


Daerah Semporna

1. Bukit Tengkorak

2. Bohey Dulang


Daerah Kota Marudu

1. Bukit & air terjun Hatob

2. Bukit Tagaroh

3. Bukit Lotong

4. Bukit Pancaran

5. Bukit Doa

6. Bukit Cinta

7. Bukit Cinta 3 Teluk

8. Gunung Numbuyukong

9. Gua Kelawar

10. Air Terjun Misumpak

11. Air Terjun Kinamawali


Daerah Kudat

1. Simpang Mengayau

2. Bukit Sinambung (Pulau Banggi)


Daerah Kinabatangan

1. Gua Gomantong

2. Kopel (Koperasi Pelancongan)

3. Supu

4. Bukit Sapa Taring

5. Batu Tulug, Kg Batu Putih


Daerah Telupid

1. Bukit Goji

2. Bukit Microwave

3. Bukit/ air terjun Tawai

4. Gunung Tinkar

5. Imbak Canyon


Daerah Tenom

1.Bukit Malagit

2.Taman Negara

   Kredit: Perkataan "Membukit" si Kellyn rakan konvoi Trans Borneo The Last Frontier 2019 yang mengungkapkannya.


AMAL MALAYSIA AGIH BANTUAN

Jamili (kanan) dan Arman menyerahkan bantuan Amal Malaysia kepada penerima OKU di Kg Mohimboyon Ranau Sabah

ALHAMDULILLAH... makanan keperluan harian dapat diagihkan oleh Persatuan Amaln& Kebajikan Bencana Malaysia (Amal Malaysia) kepada golongan terjejas covid 19 di kampung Mohimboyon Ranau hari ini [24/12/2020]. 

Barangan tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai dan keuntungan jualan tanjak yang dikumpul oleh Amal Malaysia sejak minggu lalu.

Semua sumbangan diserahkan oleh Pengerusi Amal Malaysia, Idzham Hadi Sidik. Turut sama dalam aktiviti amal di kawasan pedalaman Sabah itu ialah Timbalan Pengerusi Amal Malaysia Jamili Napi dan AJK Tertinggi Amal Malaysia Arman Marcelus.

Pihak Amal Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang dan pembeli tanjak yang menjadi nadi utama dana dapat dikumpul swkaligus aktiviti amal ini dapat dilaksanakan.

Allah saja yang membalas jasa anda semua.
Bantuan diserah terus kepada penerima di rumah masing2


ASAL TAKDE AIR JE MESTI TMN SERI KEMENDOR

ASAL TAKDE AIR JE... MESTI TMN SERI KEMENDOR

                                                                                                                                           pic: mstar.com


Masalah air selalu berlaku di Taman Seri Kemendor - PIC utusan online


Bila kita komplen pasal takde air, pegawai dan kakitangan SAMB pasti ambil tindakan pantas.
Asal kita memekak je pasal air pasti ada pegawai dan kakitangan SAMB yang cepat cepat cakap "kami sedang berusaha sedaya upaya untuk atasi masalah ini".

Tiap kali kita komen pasal masalah air, ada pula pegawai SAMB yang ajak jumpa secara personel katanya nak terangkan secara "profesional" mengenai masalah air. 

Fuhhh... letih dah dengan penerangan pasal air ni, pengguna cuma nak bekalan air sentiasa ada. Kalau masalah gangguan air berlaku tiga bulan atau enam bulan sekali akibat masalah teknikal kita boleh terima tapi tiap kali masalah air berlaku tiap kali la Tmn Seri Kemendor yang terlibat.



"Pam Durian Tunggal Rosak" eh... Tmn Seri Kemendor juga yang takde air. "Tangki di Bukit Komeng bocor" eh... Tmn Seri Kemendor juga yang keputusan bekalan air, "Purata hujan rendah sejak akhir akhir ni" eh... yang tak de air Tmn Seri Kemendor jugak la. "Kemarau sekarang ni"... eh tak de air di Tmn Seri Kemendor juga ek.

Masalah gangguan bekalan air di Tmn Seri Kemendor bukan perkara baharu, ia sudah lama, "lama dah"... tetapi ia terus berulang dan berulang hingga penduduk sudah bosan dengan jawapan, penerangan dan alasan daripada SAMB, pemimpin setempat malah pucuk pimpinan negeri.

Ketua Menteri silih ganti, masing-masing semua sudah pernah memberi amaran, teguran dan arahan kepada SAMB supaya menyelesaikan masalah air di negeri ini termasuk di Taman Seri Kemendor.

Namun sudah memasuki tahun 2020 masalah air di Taman Seri Kemendor masih berterusan, ada penyelesaian tetapi ia berulang ulang.

"Kita dah hantar lori untuk penuhkan tangki di taman, air penuh nanti kita pam ke rumah rumah". "Kita dah rancang untuk buat ... tapi bajet tiada", "kita dah ganti tangki lama dengan tangki baharu, tapi tangki ini bla bla bla..." "pekerja saya (SAMDB) kerja sampai pukul 3-4 pagi, takde pun orang yang berterima kasih" eh banyak lagi la statment statment dari SAMB ni.

Apa sebenarnya masalah ketiadaan air atau sering berlaku gangguan bekalan air di Taman Seri Kemendor ni? Selalu sangat takde air. Berbanding dengan tempat lain contohnya di Kampung Chohong, dalam setahun nak jumpa sekali berlaku masalah gangguan belakan air pun susah.

Peribahasa moden
Asal takde air je... mesti taman seri kemendor



JERITAN BATIN ORANG LUGU